Connect with us

Oh! Media

Apa Yang Bakal Terjadi Pada Sumber Tenaga Malaysia Menjelang 2050, Ini Yang Korang Wajib Tahu

Umum

Apa Yang Bakal Terjadi Pada Sumber Tenaga Malaysia Menjelang 2050, Ini Yang Korang Wajib Tahu

Korang tahu tak sebenarnya menjaga dan mengekalkan alam sekitar ni sangat penting untuk kehidupan pada masa akan datang, sebabnya jika ia tidak dijaga dan dikekalkan, banyak pencemaran akan berlaku dan memberi kesan buruk pada kita. 

ADVERTISEMENT

Ingat lagi tak banjir luar biasa di Selangor dan puting beliung di Ipoh yang terjadi baru-baru ini. Takut kan?

Sebab itulah penting untuk kita jaga dan kekalkan alam sekitar sebaik mungkin kerana bukan saja ia memainkan peranan untuk menghasilkan sumber tenaga hijau tetapi juga menjana tenaga untuk masa hadapan. 

Net Zero 2050, Solusi Kepada Sumber Tenaga Yang Lebih Baik

Apa yang dimaksudkan dengan Net Zero ni? Macam yang korang tahu, banyak karbon dioksida dan gas rumah hijau dikeluarkan dalam aktiviti seharian kita. Contohnya, penggunaan petrol untuk memandu kenderaan dan penggunaan arang batu untuk menjana elektrik. 

Jadi, Net Zero ini kita capai apabila pengeluaran gas rumah hijau ke atmosfera bumi  diseimbangi semula dengan penggunaan atau penyerapan gas-gas ini, sama ada dengan mengguna pakai teknologi ataupun secara semula jadi. Contoh terbaik adalah hutan-hutan yang meluas di negara kita yang menyerap karbon dioksida untuk proses fotosintesis. 

Inilah aspirasi TNB, untuk mencapai Net Zero, bila mana pengeluaran karbon dikurangkan dan diseimbangi dengan penyerapan semula, menjelang tahun 2050.

Sebagai penanda aras menjelang tahun 2035, TNB menyasarkan untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon sebanyak 35% melalui pelbagai inisiatif yang bakal dilaksanakan.

Selain itu, TNB juga komited untuk mengurangkan kebergantungan terhadap arang batu dengan mengurangkan kapasiti penggunaan sebanyak 50% menjelang tahun 2035.

Kalau korang nak tahu, pada tahun 2021 TNB juga telah mengumumkan untuk tidak lagi melabur dalam loji arang batu di tapak baru selepas Jimah East Power dimula tugas pada 2019.

Jadi, loji yang tersedia akan dihentikan secara berperingkat setelah tamat tempoh perjanjian pembelian tenaga mereka.

Ini selaras dengan sasaran TNB untuk bebas penggunaan arang batu pada tahun 2050 nanti.

Bukan itu sahaja, menjelang tahun 2025, TNB menyasarkan untuk menjana 8,300MW Tenaga Boleh Diperbaharui. Fuh, terbaiklah!

Sebagai usaha untuk mengurangkan karbon di atmosfera, lebih banyak pokok turut ditanam melalui program pemulihan hutan paya bakau.

Menjaga Alam Sambil Berbakti

Dalam usaha menyediakan sumber tenaga yang lebih baik, TNB turut memberi semula kepada masyarakat. Sebanyak 1% untung selepas cukai akan dibelanjakan untuk program-program  komuniti, sejajar dengan komitmen dan matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) mereka.

Kalau korang nak tahu, antara program komuniti yang telah dijalankan ialah Projek Baiti Jannati, Better Brighter Shelter, Better Brighter Vision dan banyak lagi.  Kebanyakan projek ni telah disasarkan untuk bantu mereka yang kurang berkemampuan.

Untuk Projek Baiti Jannati, lebih RM45 juta telah dibelanjakan untuk membaik pulih dan menyediakan kediaman baharu buat mereka yang memerlukan.

Manakala, program Better Brighter Shelter pula menyediakan tempat penginapan untuk ahli keluarga atau waris pesakit yang menjalani rawatan di hospital. Ia telah beroperasi di Hospital Serdang dan Institut Jantung Negara.

Haa, itu adalah antara inisiatif TNB untuk mencapai Net Zero 2050 dalam memastikan alam sekitar dan masyarakat sekeliling terjaga demi menghasilkan sumber tenaga yang lebih bersih dan lebih hijau. 

Jadi, jomlah kita sama-sama sokong usaha TNB dan pelihara alam sekitar untuk kebaikan kita bersama! 

Untuk maklumat mengenai Net Zero 2050, layari laman web rasmi TNB di SINI. Serta, jom saksikan klip Sustainability TNB di laman rasmi YouTube TNB

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas