Connect with us

Oh! Media

Apa akan terjadi bila team Lawak Kampus bertemu BoBoiBoy Galaxy?

Branded

Apa akan terjadi bila team Lawak Kampus bertemu BoBoiBoy Galaxy?

Ramai yang terkejut bila tiba-tiba je Kadokawa Gempak Starz berkerjasama dengan Animonsta Studios dalam menerbitkan Komik Edisi Istimewa berjudul “LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY: SUPERIOR”. Terbayang macamana agaknya bila budak-budak Lawak Kampus ni beraksi dengan geng BoboiBoy dalam komik tu nanti ye tak?

Rupanya kolabrasi ni dijadikan kenyataan sempena dengan ulangtahun ke-15 Lawak Kampus dan BoboiBoy dipilih kerana dilihat sebagai yang paling tepat dan bersesuaian selain untuk memajukan industri kreatif tempatan.

Kemunculan mereka di Atria Shopping Gallery bermula dari 21 Mei hingga 24 Jun 2018 yang lepas menarik minat ribuan pengunjung yang mahu melihat sendiri karya hebat ini sekaligus untuk berjumpa dengan pelukis komik kegemaran mereka.

SINOPSIS:

Perlawanan bola sepak persahabatan yang berlangsung antara pelajar SMK Lawak Kampus dan SMK Pulau Rintis menjadi huru-hara apabila kapal angkasa Adu Du mendarat di padang sekolah. Adu Du telah menjumpai Power Sphera berbahaya yang boleh mengancam
keselamatan, namun tiba-tiba ia melancarkan kuasanya!

Sedang semua orang sibuk selamatkan diri, Cikgu Noodle dan Ciciko tertangkap menyebabkan mereka lenyap sekelip mata. Alamak! Apa yang Vanness, BoBoiBoy, Froggy dan rakan-rakan harus lakukan? Adakah Cikgu Noodle dan Ciciko terperangkap dalam dimensi misteri dibawa oleh Power Sphera?

Pesanan awal (terhad kepada 1,000 salinan) untuk komik “LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY: SUPERIOR” ini juga turut dilakukan sepanjang tempoh pameran tersebut. Peminat yang memesan awal menerima hadiah eksklusif dan autograf dari kartunis kegemaran mereka.

Komik ni nanti cuma berharga RM25 dan hanya boleh didapatkan secara eksklusif di kedai buku POPULAR bermula 31 Ogos 2018 nanti.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas