Connect with us

Oh! Media

Anwar Sedih Masih Tiada Siapa Datang Pujuk Sertai Kabinet

ohmedia2banwar2btetap2byakin2bdapat2bsokonganpng

Oh! Negara

Anwar Sedih Masih Tiada Siapa Datang Pujuk Sertai Kabinet

Siapa yang tidak kecewa bila mimpi yang diimpikan sekian lama hancur begitu sahaja disaat impian itu hampir dikecapi? Perkara ini dilalui oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekian lama mengimpikan jawatan Perdana Menteri yang kini menjadi milik Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terbaru, Anwar telah mendakwa yang kerajaan baharu di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin masih goyah kerana mereka masih berusaha mendapatkan lebih banyak sokongan dari banyak pihak.

Tetapi apa yang lebih menyedihkan adalah, hanya Anwar Ibrahim sahaja yang masih belum ditemui mana-mana pihak untuk memujuknya sertai Kabinet Muhyiddin.

IKLAN

Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson itu dengan nada sinis mengatakan yang beliau terasa hati kerana masih tiada pihak yang tampil berjumpa dengannya untuk memujuk sertai kabinet.

Kerjanya pujuk satu demi satu. Saya sahaja belum kena pujuk. Saya kecil hati juga belum sesiapa cuba datang pujuk. Dia pujuk, ku lesing. – Kata Anwwar dalam satu perjumpaan PKR.

Apa yang menariknya, Anwar Ibrahim masih tidak berputus asa dan merasakan apa yang berlaku hanyalah bersifat sementara dan menggesa penyokong PKR untuk terus fokus kepada perjuangan mereka.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang masih percaya dengan PKR di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas