Connect with us

Oh! Media

Annuar Musa Ingatkan Muafakat Nasional Jangan Berniat Gugur Kes Pendakwaan!

Oh! Negara

Annuar Musa Ingatkan Muafakat Nasional Jangan Berniat Gugur Kes Pendakwaan!

Hari ini Perdana Menteri Malaysia Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudahpun memulakan tugasannya di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Semua sedia maklum yang kerajaan kali ini berjaya dibentuk dari gabungan Muafakat Nasional yang terdiri dari BERSATU, UMNO, PAS, MIC, MCA dan parti-parti lain.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, Muafakat Nasional diingatkan untuk tidak sesekali masuk campur urusan mahkamah atau berniat untuk menggugurkan kes yang sedang dibicarakan. Ini kerana ada beberapa pemimpin yang menjadi kerajaan pada ketika ini sedang berhadapan dengan kes berprofil tinggi.

Walau tukar kerajaan, sistem peraturan perundangan tetap berjalan seperti biasa. Maka sebagai pihak eksekutif, tidak boleh campur tangan. Kalau kita hormati konsep itu, maka tiada kebimbangan. Kalau kita campur tangan dengan menarik balik kes mereka yang didakwa, rakyat akan kata kerajaan tidak hormati undang-undang dan badan kehakiman tidak bebas, maka jangan sampai konsep itu ternoda. – Kata Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Pada ketika ini juga, kita sedang menanti barisan menteri yang akan bersama PM ke-8 dan Annuar Musa menyatakan yang ia terpulang kepada Tan Sri Muhyiddin untuk melantik mereka yang masih dalam perbicaraan atau tidak jika melihat mereka dapat membantu.

Sumber: BERNAMA

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan politik negara di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas