Connect with us

Anjoulie Terkejut Kak Fazura Transfer Duit Yang Banyak Untuk Bantu Orang Susah

Oh! Artis

Anjoulie Terkejut Kak Fazura Transfer Duit Yang Banyak Untuk Bantu Orang Susah

Pelakon Zarina Anjoulie sebelum ini ada berkongsikan bahawa dia mengalami masalah kewangan untuk membayar barangan keperluan untuk diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Bagaimanapun, Anjoulie terkejut dan berkongsi kepada semua yang pelakon wanita popular Nur Fazura secara senyap telah menjadi penyelamat dan memberikan bantuan kewangan.

Anjoulie yang mengalami masalah had kad kredit itu tidak dapat membuat bayaran. Tetapi Fazura telah menghantar DM dan membolehkan Anjoulie melakukan bayaran.

Kami berhadapan masalah kewangan apabila kad kredit yang digunakan sudah melebihi had. Justeru, kami bercadang menyambung semula pembelian esok (hari ini). Tiba-tiba saya menerima mesej peribadi daripada seorang artis yang menyatakan hasrat untuk memberi sumbangan… Artis yang dimaksudkan adalah Kak Fazura. Sebaik sahaja melihat wang yang dipindahkan, saya terkejut kerana jumlahnya sangat banyak. Saya belajar sesuatu iaitu jika kita berniat baik hendak membantu orang, walaupun berhadapan masalah, Allah tetap membuka jalan. – Jelasnya.

Anjoulie kini giat menjalankan bantuan khidmat masyarakat kepada mereka yang terjejas sepanjang PKP seperti lampin, susu formula, beras, tori, telur dan banyak lagi.



Sumber: Zarina Anjoulie

+ Baca respon pembaca yang sokong apa yang dilakukan Anjoulie di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending

To Top