Connect with us

Oh! Media

Selepas Saman PM, Anina Saaduddin Disingkirkan Dari UMNO

Ohmedia anina saaduddin disingkirkan dari umnojpg

Oh! Negara

Selepas Saman PM, Anina Saaduddin Disingkirkan Dari UMNO

 

Umno melucutkan keahlian Anina Saaduddin yang sebelum ini bertindak memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anina adalah ahli Pergerakan Wanita Umno cawangan Padang Matsirat, Langkawi di Kedah.

IKLAN

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini berada di Amerika Syarikat mengesahkan perkara ini kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp, petang Selasa.

Pada hari sama, surat pelucutan keahlian Ainina menjadi viral di media sosial, tetapi timbul kemusykilan terhadap kesahihan surat itu apabila ia bertarikh 2 September 2015, lewat sehari daripada tarikh dia dipecat iaitu pada 1 September.

Surat itu menunjukkan ia ditandatangani oleh Tengku Adnan dengan cop ‘diterima’ pada tarikh 1 September.

“Adalah dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Umno memutuskan bahawa keahlian Saudari dalam parti telah gugur dengan sendirinya berkuat kuasa serta-merta di bawah Fasal 20.7 Perlembagaan Umno oleh kerana tindakan Saudari membawa perkara parti ke mahkamah,” menurut surat tersebut.

Anina, mula menjadi perhatian apabila dengan lantang mengkritik Najib yang juga Presiden Umno ketika berucap dalam mesyuarat perwakilan Wanita Umno Bahagian Langkawi baru-baru ini.

Kemudian, pada 28 Ogos, dia memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut Najib menjelaskan secara terperinci derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Terdahulu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pergerakan itu akan mencadangan supaya keahlian Anina digugurkan ekoran kenyataan kerasnya terhadap Najib.

“Kita akan rujuk (isu berkenaan) dan bawa ke mesyuarat exco. Terpulang kepada jawatankuasa (untuk membuat keputusan),” katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu pada petang Selasa.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas