Connect with us

Oh! Media

5 Anggota Tentera & 13 Anggota Polis Ditahan Terlibat Penyeludupan PATI

ohmedia polis atm ditahan1jpg

Oh! Negara

5 Anggota Tentera & 13 Anggota Polis Ditahan Terlibat Penyeludupan PATI

TERKINI! 5 anggota ATM dan 13 anggota PDRM berpangkat ASP dilaporkan telah ditahan selepas didapati terlibat dalam sindiket penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin selepas berjaya mendapat beberapa maklumat.

Bagi ATM, suspek terdiri daripada dua (2) pegawai dan tiga (3) anggota lain-lain pangkat. Manakala bagi 13 suspek PDRM, terdiri daripada satu (1) pegawai berpangkat ASP dan 12 anggota berpangkat rendah. Selain itu, satu (1) anggota berpangkat rendah bertugas di Polis Marin Wilayah 2, Tampoi, dua (2) anggota pangkat rendah bertugas di Bukit Aman dan sembilan (9) anggota berpangkat rendah bertugas di balai IPD Kota Tinggi. Kesemua suspek yang ditangkap berumur antara 24 tahun hingga 41 tahun. – Katanya.

Kesemua suspek terbabit ditangkap dan ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 130V hingga Seksyen 130ZB Bab VIB Jenayah Terancang, Kanun Keseksaan dengan prosedur siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA.

IKLAN




Kredit: Polis Johor

+ Baca respon pembaca yang geram dengan sikap segelintir manusia jual maruah negara di Facebook Oh! Media.




OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas