Connect with us

Oh! Media

Anggota Bomba Dengar Perusuh Menjerit ‘Pukul Bomba’ – Inkues Adib

Hqdefault2b252822529jpg

Umum

Anggota Bomba Dengar Perusuh Menjerit ‘Pukul Bomba’ – Inkues Adib

Lagi saksi mendakwa bahawa ada mendengar laungan suara sebanyak dua kali yang berkata ‘pukul bomba’. Ini merupakan pendedahan terbaru berikutan dengan kejadian rusuhan Kuil Seri Maha Mariamman sehingga menyebabkan kematian anggota bomba Muhammad Adib.

Hari ini, seorang lagi saksi yang merupakan anggota bomba iaitu Mohd Sharol Anuar Kamaruddin, yang bertugas memadamkan kebakaran pada hari kejadian, dalam keterangan di Mahkamah Koroner hari ini, berkata beliau dapat mendengar laungan ancaman itu sebanyak dua kali ketika turun dari jentera Fire Rescue Tender (FRT).

“Ketika turun dari FRT, saya nampak tiga orang meluru ke arah saya diikuti sekumpulan lelaki lain tetapi tidak pasti berapa ramai … mungkin dalam 100 orang.

IKLAN

“Pada waktu itu saya tergamam sebab kita nak pergi padam api tapi mereka macam ugut (hendak pukul).

“Tetapi saya tidak dapat cam siapa yang mengugut kami ketika itu,” katanya.

“Dalam keadaan kecoh itu, saya naik semula ke dalam FRT selepas memikirkan keselamatan diri dan ketika itu FRT mula berundur hendak meninggalkan kawasan rusuhan,” katanya.

Mohd Sharol berkata demikian menjawab soalan Pegawai Pengendali, Zhafran Rahim Hamzah, dalam prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas