Connect with us

Oh! Media

Anak Perempuan Steve Irwin, The Crocodile Hunter Teruskan Kerjaya Bapa

Umum

Anak Perempuan Steve Irwin, The Crocodile Hunter Teruskan Kerjaya Bapa

Sebut sahaja rancangan The Crocodile Hunter yang pernah disiarkan di Malaysia satu ketika dulu, pasti akan terus teringatkan gelagat seorang lelaki yang begitu berani mendekati pelbagai haiwan berbahaya iaitu Steve Irwin.

Walaubagaimanapun, keberanian Steve akhirnya memakan diri apabila dia diserang oleh seekor ikan pari yang besar hingga menusuk dada Steve ketika cuba melakukan penggambaran untuk programnya. Steve dikatakan meninggal dunia ditempat kejadian.

ADVERTISEMENT

Kini, legasi dan kerjayanya diteruskan oleh anak perempuan Steve dan Terri iaitu Bindi Irwin. Gadis berusia 16 tahun yang berwarganegarakan Amerika Syarikat ini bercadang untuk bekerja sepenuh masa di Australia Zoo selepas tamat pengajiannya dalam bidang Perniagaan dan Perlancongan.

“Ayah merupakan pahlawan hidupan liar dan kami sangat mengaguminya.Saya masih ingat dia memberi saya nasihat yang membuatkan saya terjebak dalam bidang ini selamanya. Beliau berkata, ‘Anda perlu merawat haiwan dengan cara yang anda ingin dirawat.’ Yang benar.”

OHMEDIA: Beliau merupakan salah satu kenangan di waktu kanak-kanak kami juga. The Crocodile Hunter!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas