Connect with us

Oh! Media

Anak Mati Ditembak Akibat Ibu Buat Isyarat Jari Tengah

Anak Mati Ditembak

Oh! Tidak

Anak Mati Ditembak Akibat Ibu Buat Isyarat Jari Tengah

Sudah menjadi kebiasaan jika seseorang dalam keadaan marah, pasti akan berlaku pertengkaran mulut atau muncul perasaan tidak puas hati lebih-labih lagi kejadian tersebut banyak berlaku di atas jalan raya ketika memandu.

Sebuah kejadian menyanyat hati berlaku di Route 44 di Orange County, Selatan California, apabila seorang anak berusia enam tahun mati ditembak akibat ibunya yang tidak berpuas hati serta menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang pemandu yang memintas kenderaan wanita terbabit.

Anaknya yang bernama Aiden Leos yang berada di tempat duduk belakang maut ditembak oleh penumpang kenderaan lain yang melepaskan tembakkan ke arah kenderaan Chevrolet milik ibunya.

IKLAN

Menurut saksi semasa kejadian tersebut, ibu tunggal terbabit tidak berpuas hati dengan sebuah kereta jenis Volkswagen yang dipandu oleh seorang wanita dan seorang penumpang lelaki yang memintas kenderaan mereka, menyebabkan dia menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan tersebut.

Disebabkan tindakan ibu tunggal tersebut, pemandu kereta Volkswagen itu nekad mengejar kereta mangsa sebelum penumpang lelaki terbabit melepaskan tembakan di bahagian belakang kereta mangsa menyebabkan anak mangsa terkorban oleh kerana tembakan tersebut mengenai perut anaknya.

Sedar anaknya ditembak, ibu tunggal terbabit memberhentikan kenderaannya di tepi jalan dan berusaha meminta bantuan sebelum seorang pihak berkuasa datang memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada Aiden Leos ketika menunggu ketibaan Ambulans.

Budak lelaki itu dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Orange County namun diisytiharkan meninggal dunia.

Pihak polis sedang giat mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri selepas melepaskan tembakan kepada mangsa.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas