Connect with us

Oh! Media

Anak Dr Noor Hisham Tarik Perhatian Lakukan Intern Di Kementerian Kewangan

Oh! Lifestyle

Anak Dr Noor Hisham Tarik Perhatian Lakukan Intern Di Kementerian Kewangan

Disebabkan populariti Dr Noor Hisham yang berjaya menguruskan wabak Covid-19 di Malaysia dengan baik, nampaknya netizen telah menggali semakin dalam kehidupan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan ini.

ADVERTISEMENT

Terbaru, anak lelaki Dr Noor Hisham iaitu Muhammad Khair pula telah menarik perhatian apabila dikatakan telah dipilih untuk menjalankan program Felo Perdana di Kementerian Kewangan.

Khair turut berkongsi berita gembira ini di Facebook rasminya yang mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan, Tengku Daruk Seri Zafrul Abdul Aziz yang mengalu-alukan kehadirannya.

Warga belia adalah antara tunjang kepada pembangunan Negara. Merekalah yang akan membimbing generasi akan datang dalam usaha memacu Malaysia ke arah kejayaan. – Kongsi Tengku Zafrul.




Tengku Zafrul turut mengucapkan tahniah kepada dua orang lagi Felo Perdana iaitu Chow Shenn Kuan dan Am Abdul Aziz ke Kementerian Kewangan dan mengharapkan agar dapat memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada mereka.

Kredit: Khair Hisham | Tengku Zafrul

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas