Connect with us

Oh! Media

Anak Bekas Perdana Menteri Tidak Puas Hati Dengan Tindakan LHDN

Oh! Negara

Anak Bekas Perdana Menteri Tidak Puas Hati Dengan Tindakan LHDN

Ohemdia sebelum ini ada terbaca petikan akhbar mengatakan LHDN telah memanggil anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, iaitu Nooryana Najwa Najib untuk membayar cukai sebanyak RM10.3 juta. Walaubagaimanapun, Najwa melihat perkara ini sengaja dinaikkan hanya untuk mendakwa keseluruhan ahli keluarganya.

ADVERTISEMENT

Cukai pendapatan yang tidak dibayar dari 2011 hingga 2017 itu juga dipersoalkan Najwa kerana LHDN turut mengenakan cukai ke atas wang hantaran dan juga hadish daripada keluarga dan rakan-rakan serta termasuk juga nafkah pemberian suami, Daniyar Kesikbayev.

Seperti kes ayahanda dan adik-beradik saya yang juga telah dihentam dengan tuduhan tidak masuk akal, ramai yang tahu tentang kes ini terkejut dan hilang kata-kata melihat bagaimana kerajaan hari ini menyalahgunakan undang-undang secara semborono. Nampaknya dalam Malaysia Baharu hari ini, nafkah seorang suami kepada isteri adalah dikategorikan sebagai pendapatan dan perlu dikenakan cukai, wang dari sumber luar negara yang telah sekian lama dikecualikan dari cukai oleh undang-undang kini dikenakan cukai. Suami yang membeli rumah dan menamakan isterinya sebagai pemilik bersama rumah berkenaan kini dianggap sebagai pendapatan si isteri dan dikenakan cukai, hadiah perkahwinan dan pertunangan serta wang hantaran adalah juga dikategorikan sebagai pendapatan dan wajib dikenakan cukai.

Najwa turut menegaskan bahawa suami dan keluarganya telah kaya sebelum mereka berkenalan lagi dan ibu mertuanya juga pernah berkahwi bersama seorang bilionair terkaya di Kazakhstan selama 10 tahun. Jadi apa agaknya nasib yang akan dihadapi anak kepada Datuk Sri Najib ini?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas