Connect with us

Oh! Media

Amy Search Umum Undur Diri Dari Kumpulan Search

Oh! Artis

Amy Search Umum Undur Diri Dari Kumpulan Search

Menurut perkongsian Astro Gempak, seorang penyanyi legend iaitu Amy Search telah mengumumkan bahawa beliau mengundurkan diri sebagai vokalis Search sekitar pukul 3.30 petang tadi secara langsung di Instagram @astrogempak.

ADVERTISEMENT

Saya dengan ini secara rasmi mengumumkan untuk mengundurkan diri sebagai vokalis Search. Dengan pengumuman ini saya berharap agar saya tidak menghalang perjalanan atau karier anggota sedia ada. Hal itu terjadi kepada semua penyanyi di seluruh dunia. Saya bukan 26 tahun, tapi 62 tahun. Saya menyanyi apabila dipanggil dalam show atau persembahan tertutup. Saya kira ia sesuai dengan peredaran masa di mana jika dulu peminat yang membesar bersama saya menonton saya menyanyi di konsert, tapi saat usia meningkat banyak yang memilih untuk menyaksikan persembahan saya secara tertutup.

Amy juga mengatakan bahawa usianya sudah mencecah 62 tahun dan bukannya 26 tahun. Selain itu, beliau berkata keputusan ini dibuat adalah untuk kebaikan bersama supaya tidak menghalang perjalanan dan karier anggotanya. Jadi, beliau berharap agar mereka dapat mengorak langkah masing-masing.

Untuk pengetahuan korang, Amy bukan nak bersara daripada industri hiburan tau! Dia cuma umumkan tidak lagi menjadi vokalis dalam kumpulan Search dan akan meneruskan kariernya secara solo. Bukan itu jer, beliau masih akan tetap menyanyikan lagu Search selepas bergerak solo nanti. Wah!

Sudah pasti saya akan tetap menyanyikan lagu-lagu Search selepas bergerak solo nanti. Saya bukan bersara ya. Saya hanya rasmi tidak lagi menjadi vokalis Search dan meneruskan karier solo mengikut usia saya.

Siapa peminat Amy Search dekat sini? Kalau korang nak tahu lagu kegemaran Ohmedia dari dulu adalah Isabella dan Tiada Lagi. Pergh! Lagu tu memang legend gais. Apapun, Ohmedia doakan agar Amy terus maju jaya dalam industri hiburan. InsyaAllah, Amin.

OHMEDIA: TIADA LAGI YANG KU HARAPKAN, TIADA LAGI YANG KU IMPIKAN!

Sumber: Instagram | Astro Gempak

+ Baca respon pembaca minat Amy Search di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas