Connect with us

Oh! Media

Amboi! Jual Kopi Guna Kenderaan Perang, Polis Tahan 2 Individu

Ohmedia kopi zawara kereta perang 1jpg

Umum

Amboi! Jual Kopi Guna Kenderaan Perang, Polis Tahan 2 Individu

Polis menahan dua lelaki selepas didapati memandu sebuah kenderaan perisai mirip milik Angkatan Tentera Malaysia, berserta dua pelancar roket tiruan di atas kenderaan itu di Jalan Semarak Api di Cyberjaya dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, polis yang membuat rondaan di kawasan itu menahan kenderaan berkenaan selepas mendapat aduan orang awam bagi tujuan pemeriksaan.

Katanya, polis kemudian menahan dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 24 tahun, sebelum membawa mereka ke Balai Polis Cyberjaya untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati dua lelaki berkenaan menjual kopi dan kenderaan itu diubah suai sebagai ‘food truck’ bagi menjual minuman itu.

IKLAN

“Kenderaan itu bukanlah kenderaan tentera sebenar dan pelancar roket itu juga adalah palsu,” katanya ketika dihubungi, pagi ini.

Abdul Aziz berkata, dua lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas