Connect with us

Oh! Media

Kibarkan Bendera Palestin, Kumpulan Dari Iceland Ini Bakal Dihukum

2019 05 19t140848z 1 lynxnpef4i0cy rtroptp 4 music eurovision final 725x483jpg

Umum

Kibarkan Bendera Palestin, Kumpulan Dari Iceland Ini Bakal Dihukum

Akibat mengibarkan bendera Palestin tanpa kebenaran semasa melakukan persembahan di Tel Aviv, kumpulan dari Iceland ini bakal dihukum. Kibaran bendera Palestin ini berlaku semasa berlangsungnya Eurovision Song Contest dan ianya disiarkan secara langsung di stesen televisyen Israel.

Dalam persembahan akhir, ahli kumpulan punk Hatari dari Iceland ini bertindak mengangkat selendang bersaiz bendera Palestin dan vokalisnya, Klemens Nukulasson Hannigan menunjukkan tanda V sebagai tanda kemenangan.


IKLAN

Apa yang dapat dilihat semasa kibaran ini berlaku, kebanyakan penonton di Tel Aviv telah mengejek siaran langsung berkenaan dan ini menunjukkan ramai diantara rakyat Israel membencikan perlakuan yang mengaitkan Palestin.

Sebelum ini, laman peminat Eurovision, wiwibloggs, Hannigan mengutuk penempatan haram Israel sambil menyifatkannya sebagai amalan ‘apartheid’ dalam wilayah Palestin yang dijajah.

Adegan bendera itu dipaparkan kelihatan sekejap dalam siaran langsung pertandingan 41 negara terbabit, ia sedikit terganggu dengan gesaan boikot anti Israel dan dibantah Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU).

“Warga Iceland ini akan dihukum EBU yang tidak berkompromi dengan sesiapa yang melanggar peraturannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif agensi sama seperti EBU di Israel, Kan, Eldad Koblenz.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas