Connect with us

Oh! Media

Akan Pastikan Bekalan Bahan Api Sampai Januari Ini – KPDNHEP

ron01transformed 0jpg

Umum

Akan Pastikan Bekalan Bahan Api Sampai Januari Ini – KPDNHEP

Semalam, kebanyakan pengusaha stesen minyak memberikan amaran dengan tidak akan menambah bekalan bahan minyak mentah untuk Januari hadapan sehingga menyebabkan kerisauan orang ramai.

Walaubagaimanapun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP berkata mereka akan memastikan bekalan berkenaan sentiasa mencukupi untuk kegunaan harian semua pengguna.

Menurut Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Jamil Salleh, bahan api petrol dan diesel diwartakan sebagai barang kawalan berjadual mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 sejak 21 Jun 1975.

IKLAN

“Justeru, kerajaan akan memastikan pembekalan barang berjadual berkenaan sentiasa ada di pasaran dan mudah diperoleh oleh pengguna pada setiap masa.

“Sehubungan itu, sebagai pemegang lesen runcit petrol dan bahan api diesel di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, pengusaha stesen diwajibkan mematuhi syarat dalam lesen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pegawai penguat kuasa KPDNHEP akan membuat pemantauan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas stesen menjual bahan api berkenaan bagi memastikan bekalan bahan api sentiasa mencukupi untuk kegunaan orang ramai.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas