Connect with us

Oh! Media

Ahmad Maslan Dikritik Teruk Saran Pelajar Universiti Masak Sendiri

Umum

Ahmad Maslan Dikritik Teruk Saran Pelajar Universiti Masak Sendiri

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dikiritik teruk apabila menyarankan para pelajar universiti agar selalu mengamalkan masak sendiri dari makan di luar. Saranan ini diberi beliau bertujuan bagi mengurangkan beban cukai barang dan perkhidmatan (GST) di kalangan pelajar.

ADVERTISEMENT

Saranan tersebut dilakukan di dalam forum penerangan berkenaan GST kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada Sabtu.

Namun begitu, rata-rata pelajar universiti berpendapat bahawa saranan Ahmad itu mustahil untuk dilaksanakan apabila undang-undang kampus universiti sendiri tidak membenarkan pelajar-pelajar ini untuk masak di dalam kampus. Malah ada pelajar berkata peralatan memasak dan alat pemanas air juga tidak dibenarkan dibawa ke dalam kampus.

OHMEDIA: HARI DEMI HARI LIHAT PEMIMPIN DI MALAYSIA NI DIKEJI KERANA SELALU KELUARKAN KENYATAAN BUAT RAKYAT MARAH. BIARPUN NIATNYA MUNGKIN BAIK, TAPI FIKIR-FIKIRLAH SEBELUM KELUARKAN KENYATAAN AGAR TAK DISALAH-ERTI LALU DIAIBKAN LANTAS MENGHILANGKAN RASA RESPEK ORANG RAMAI KEPADA PEMIMPIN.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas