Connect with us

Oh! Media

Ahli Keluarga Diraja Bakal Sertai Pilihan Raya Thailand Buat Kali Pertama Dalam Sejarah

Oh! Negara

Ahli Keluarga Diraja Bakal Sertai Pilihan Raya Thailand Buat Kali Pertama Dalam Sejarah

Pertama kali dalam sejarah apabila seorag ahli keluarga diraja mencalonkan diri untuk menyertai pilihan raya di Thailand yang akan menentukan pemilihan sebagai perdana menteri.

ADVERTISEMENT

Ia dilaporkan oleh agensi berita Anadolu, Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi, kakak Raja Maha Vajiralongkorn akan bertanding di bawah tiket Parti Thai Raksa Chart pada pilihan raya yang dijadual pada 24 Mac.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas nama beliau didaftarkan di Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai calon, susulan pengumuman yang dibuat pemimpin parti, Preechapol Pongpanich.

“Beliau berpengetahuan dan sangat sesuai. Saya percaya tiada masalah dari segi perundangan berkaitan kelayakannya, tetapi kita masih menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan pencalonannya,” kata Pongpanich kepada pemberita.

Walaubagaimanapun, keputusan yang dibuat oleh ahli diraja itu diihat sepertui melanggar undang-undang pilihan raya dan Parti Pembaharuan Rakyat mencabar pencalonan berkenaan dan mahu suruhanjaya itu memutuskan sama ada ia melanggar undang-undang pilihan raya.

Beliau adalah ahli keluarga diraja yang memecah tradisi menyertai pilihan raya.

“Perkembangan terbaru itu tamparan hebat kepada Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha dan Parti Phalang Pracharath untuk terus berkuasa,” kata Bangkok Post.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas