Connect with us

“Alhamdulillah Negatif Covid, Positif Handsome” – Aeril Zafrel

Oh! Artis

“Alhamdulillah Negatif Covid, Positif Handsome” – Aeril Zafrel

Baru-baru ini, pelakon Suhairil Sunairi atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel berkongsi satu posting melakukan ujian saringan Covid-19 di akaun Instagramnya kerana dia merasakan dirinya kurang sihat dan mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan doktor.

Hari tu rasa tak sedap badan. Panggil doktor buat test Covid. Meleleh air mata. Result dapat semalam. Alhamdulillah negative Covid, positif handsome.



Amboi, sempat lagi suami kepada Wawa Zainal ni bergurau ya! Walaubagaimanapun, keputusan ujian saringan tersebut didapati negatif. Video yang dimuatnaik itu telah mendapat 700k tontonan di Instagram.

Rata-rata pengikut rasa terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi itu. Apapun, Ohmedia doakan agar Aeril Zafrel cepat sembuh dari segala penyakit dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

OHMEDIA: GET WELL SOON, AERIL ZAFREL!

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca doa yang baik-baik di Facebook Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

To Top