Connect with us

Oh! Media

(Aduan) Masalah Catuan Air Di Mersing Sejak Mac 2014

Umum

(Aduan) Masalah Catuan Air Di Mersing Sejak Mac 2014

Gambar hiasan

Kalau kita biasa menonton berita di TV atau membaca akhbar perdana, bila sebut tentang masalah catuan air ni hanya satu negeri sahaja yang selalu dikaitkan iaitu negeri Selangor dicanang sebegitu lama tak lain tak bukan kerana dakyah politik yang berkepentingan. Adakah negeri lain tidak terlibat dengan masalah yang sama? Pelbagai aduan OhMedia terima akan nasib yang menimpa mereka dan berikut adalah  salah-satu salinan email penuh untuk rujukan anda.

ADVERTISEMENT

Salam admin “oh media”… Saya harun dari mersing johor… Tujuan saya hantar emel ini adalah untuk minta bantuan dari “oh media” bg merungkai masalah semasa yg dihadapi penduduk Mersing khusus nya.. Saya lihat, “oh media” antara medium terbaik utk sy utarakan masalah yg kami hadapi..

Untuk pngetahuan admin, kami telah menghadapi masalah catuan air sejak Mac 2014 hingga sekarang… Apa yg sy kesali, pihak berwajip dan media lain tidak mempedulikan dan mengambil perhatian mengenai isu ini…  Jika kita lihat pada keadaan yg berlaku di selangor, pihak syabas membuat catuan air hanya sebulan di selangor… Tetapi tindakan itu diambil serius oleh media hingga dibawa dalam berita dan akhbar tempatan…

Lain pula yg berlaku di tempat kami… Tiada pihak dan media yg mengambil tahu tentang aduan yg kami beri… Saya merayu supaya pihak “oh media” dapat membantu kami untuk menaikkan isu ini di media elektronik…

Gambar yang saya sertakan adalah jadual catuan air di daerah mersing mngikut zon… Harap jasa baik pihak admin dapat membantu kami… Sekian terima kasih

Luahan hati penduduk teraniaya
Harun

Jelas dapat kita lihat dari aduan ini, dapatlah kita simpulkan yang banyak tempat di Mersing, Johor telah dilanda masalah catuan air sejak bulan Mac 2014 lagi iaitu dah lebih 4 bulan yang lalu lagi dan tentunya amat menyukarkan aktiviti harian penduduk di sana (klik gambar untuk saiz lebih besar tentang kawasan yang terlibat).

Diharapkan pihak berkuasa tidak pilih bulu dan begitu juga pihak akhbar dan TV janganlah berat-sebelah hanya mengapi-apikan kekusutan yang berlaku di negeri Selangor sahaja sedangkan di Selangor itu ada logiknya sebuah negeri yang padat dengan penduduk dan padat juga dengan kilang-kilang perindustrian.

Lebih-lebih lagi Aidil Fitri dah semakin hampir pastinya kita berharap agar kekusutan yang dialami rakyat Mersing khasnya ini dapat diselesaikan segera!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas