Connect with us

Oh! Media

Viral: Anak Kecil Ini Perlukan Ehsan Anda Untuk Terus Hidup

Umum

Viral: Anak Kecil Ini Perlukan Ehsan Anda Untuk Terus Hidup

Sebagai seorang insan yang mempunyai naluri dan hati, adalah normal jika hati anda sebak apabila melihat gambar adik ini yang dipenuhi wayar di sana sini. Adik Imran Hakimi Bin Mohd Faizat yang baru berusia 2 bulan dan 22 hari ini memerlukan bantuan dan ehsan dari kita semua untuk mendapatkan dana pembiayaan kos pembedahan dan rawatan bernilai RM100,000.00 untuk meneruskan kehidupannya.

ADVERTISEMENT

Bagaimana anda mengenali dan mengikuti Oh! Media, kami merasakan ada sebabnya mengapa Allah memberikan kami satu medium untuk terus berhubung dengan jutaan rakyat Malaysia dengan begitu mudah dan ini adalah salah satu sebabnya untuk mempermudahkan kesukaran orang lain dengan mendapatkan bantuan rakyat Malaysia. Jika semua pihak memberikan sedikit ehsan sumbangan kepada sesiapa yang memerlukan, kami percaya dalam masa satu hari sahaja semuanya selesai dan lebih banyak nyawa yang dapat diselamatkan. Ini merupakan satu amalan kemasyarakatan yang harus disambut baik.

Berikut adalah emel yang kami terima:

“Assalamualaikum. Saya wakil kepada abang saya meminta untuk Oh!media memviralkan berita tentang anaknya yang sedang sakit. Maklumat seperti berikut:

Assalamualaikum. Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon bantuan kewangan daripada anda semua untuk membiayai kos perubatan dan pembedahan jantung anak lelaki sulung saya Imran Hakimi bin Mohd Faizat yang berusia 2 bulan 22 hari (lahir pd 04/06/15).

Anak saya menghidap penyakit jantung berlubang kini berada di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Pahang dan berada pada tahap paling kritikal saat ini.

Imran Hakimi perlu membuat pembedahan jantung secepat yang mungkin tetapi memerlukan dana RM100,000.00 untuk membiayai kos pembedahan dan rawatan.

Sehubungan dengan itu, sesiapa yang ingin menghulurkan apa jua jenis bantuan termasuk bantuan kewangan boleh menyalurkan sumbangan anda pada akaun Maybank saya iaitu bapa/ibu kepadanya di akaun:

Akaun Maybank: 556020059396
Bapa: Mohd Faizat Bin M.Noor

Akaun Maybank: 156057429905
Ibu: Nurul Hazwani Binti Mohamed

Anda juga boleh menghubungi saya di talian 016-9529930 untuk sebarang pertanyaan. Mohon jasa baik anda untuk viralkan. Terima kasih. “

Detail Rawatan:

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas