Connect with us

Oh! Media

Inkues Kematian Adib – Lagi Pendedahan Adib Ditarik Dan Dipukul Perusuh

maxresdefault2b2528102529jpg

Umum

Inkues Kematian Adib – Lagi Pendedahan Adib Ditarik Dan Dipukul Perusuh

Berikutan dengan perkembangan prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib pada hari kedua oleh saksi ketiga, Ahmad Shahril Othman berdasarkan dakwaannya sendiri terhadap kejadian rusuhan tersebut yang diumpamakan seperti berdepan dengan maut.

Pendedahan dari seorang pegawai perubatan dan pemandu van Ban­tuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), mendedahkan rakannya, Muhammad Adib Mohd. Kassim ditarik dan dipukul sekumpulan perusuh semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya pada malam 27 November lalu.

Menurut Ahmad Shahril, perilaku perusuh itu berkemungkinan terjadi susulan mereka turut cuba membuka pintu EMRS yang dipandunya dengan tujuan untuk menyerang dan mencederakannya.

IKLAN

“Saya beranggapan kalau pintu saya cuba diceroboh oleh perusuh dengan membukanya dan bertujuan mencederakan saya, tidak mungkin perkara itu tidak terjadi kepada arwah Adib.

“Sedangkan saya tengok kenderaan bomba diserang begitu teruk, tidak mungkin (niat) tidak cederakan anggota bomba,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah di Mahkamah Koroner di sini hari ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas