Connect with us

Oh! Media

Ada Produk Makanan Sendiri Tapi Kena Saman Sampai RM10K… Apa Kes?

Branded

Ada Produk Makanan Sendiri Tapi Kena Saman Sampai RM10K… Apa Kes?

Korang mesti tak suka dengar kalau ada kes yang kena kat diri sendiri atau orang lain yang berniaga produk makanan, tapi kena saman sampai RM10,000 kan? Bukan sikit.
Banyak tuu!

Bayangkan baru nak mula bertapak sebagai peniaga/pengusaha makanan yang dah ada packaging cantik-cantik macam produk oversea, last-last kena saman tak pasal- pasal.

Masa tu pandai pula nak viralkan kata teraniaya la, tak sokong orang Melayu meniaga la, dan pelbagai lagi sedangkan sebenarnya salah diri sendiri. Berapa ramai peniaga dan pengusaha produk tahu tentang keperluan Pensijilan MeSTI ni agaknya? Ramai ke yang ambil tahu walhal nak dapat cop MeSTI ni bukannya berbayar pun. Ianya PERCUMA! FREE aje wei!

Pensijilan MeSTI ni sebenarnya salah satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membantu para pengusaha produk makanan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menghasilkan produk yang bersih dan selamat untuk pengguna. Untuk kebaikan diri sendiri dan pelanggan kita juga kan?

Dengan adanya pensijilan MeSTI ni, korang sebagai peniaga dah tak ada apa nak dirisaukan tentang kena denda RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun jika sabit kesalahan. Kerana sikap acuh tak acuh dalam meniaga, kan dah tak pasal-pasal masuk kena keluar duit dan lebih menyedihkan, kena penjara. 2 tahun lama tu. Dengan terteranya logo MeSTI pada bungkusan produk makanan korang, pelanggan yang berminat nak membeli produk korang tu juga akan lebih yakin memilih kerana tahu ianya adalah makanan yang bersih dan selamat kerana telah diiktiraf oleh KKM.

Sudahlah percuma tak perlu keluar duit, lepas tu tarikh tamat sijil tu pun 3 tahun. Bukan tu aje, siap dapat bimbingan percuma lagi. Kalau produk korang masih belum ada halal JAKIM, dengan pensijilan MeSTI ni juga akan buat urusan memohon sijil halal JAKIM tu jadi jauh lebih mudah.

Macamana nak memohon?

Tak susah pun korang cuma perlu pastikan bisnes dah berdaftar dengan SSM dulu lepas tu terus daftar dengan KKM melalui Pendaftaran Premis Makanan melalui website mereka di www.fosimdomestic.moh.gov.my

So dengan ulasan ringkas Oh! Media ni, harapnya ramailah yang berniaga produk kat luar sana tu faham dan ambil berat soal pensijilan MeSTI ni. Kalau nak tahu lagi banyak pasal ni, masuk website www.fsq.moh.gov.my dan like Facebook @BKKMHQ (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia).


Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas