Connect with us

Oh! Media

Aamir Khan Sembunyi RM858 Dalam Tepung Gandum Untuk Sedekahkan Fakir Miskin Di India!

Oh! Artis

Aamir Khan Sembunyi RM858 Dalam Tepung Gandum Untuk Sedekahkan Fakir Miskin Di India!

Siapa jer tak kenal pelakon kacak Bollywood, Aamir Khan? Kalau korang nak tahu, ada sepotong videonya telah tular di media sosial gara-gara menyembunyikan sejumlah wang di dalam setiap tepung gandum untuk sedekahkan kepada fakir misikin di India.

ADVERTISEMENT

Apa yang lebih menarik, Aamir telah menghantar sebuah trak untuk mengagihkan tepung gandum yang seberat 1kg itu kepada penduduk yang memerlukan di Delhi disebabkan jangkitan wabak pandemik ini.

Namun, ramai penduduk enggan menerima bantuan tersebut disebabkan kuantiti tepung itu tidak mencukupi untuk menyara kehidupan mereka. Untung betul siapa yang terima tu, setiap paket tepung gandum ada duit berjumlah RM858 tau!

Alhamdulillah, mulia sungguh hatinya. Good job, Aamir Khan! Sebelum ini, Shahrukh Khan dan Salman Khan juga telah membantu orang ramai ekoran krisis Covid-19.

OHMEDIA: TERIMA KASIH GAIS!

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca minat Aamir Khan di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas