Connect with us

Oh! Media

9 Tradisi Hari Raya Yang Semakin Dilupakan

Oh! Lifestyle

9 Tradisi Hari Raya Yang Semakin Dilupakan

Memang rasa sedih bila nak imbas balik kenangan masa silam setiap kali Aidilfitri menjelma. Sebab semua orang pasti akan perasan yang kemeriahan Raya tidaklah lagi sama seperti dahulu. Ini kerana tradisi-tradisi yang biasa ada pada musim Hari Raya semakin dilupakan dan tenggelam dengan peredaran zaman.

ADVERTISEMENT


Berikut antara tradisi Hari Raya yang semakin pudar dalam ingatan masyarakat di Malaysia.

1. Pasang pelita buluh atau minyak tanah.

Ingat lagi dulu baru hari pertama puasa, dah ‘excited’ cari kayu dan pacakkan keliling rumah untuk sangkut pelita. Bila malam punyalah meriah dengan cahaya pelita sekeliling rumah. Ini adalah tradisi biasa yang akan berlaku pada setiap tahun. Pendek kata kalau dulu semua ibarat berlumba-lumba rumah siapa yang paling banyak pelita. Sekarang? ….

2. Kad Raya

Kecanggihan zaman teknologi hari ini membuatkan tradisi menghantar Kad Raya antara kenalan semakin dilupakan. Ramai hari ini lebih memilih untuk menghantarkan ucapan Hari Raya melalui WhatsApp, Facebook, dan ruang media sosial lain. Bagaimanapun semua itu seakan ada yang tidak kena. Ia sebenarnya langsung tiada nilai sentimental untk dikenang dan menjadi memori indah dalam kenangan Aidilfitri kita.

Ingat lagi dulu bila dapat kad raya bila buka siap ada bunyi lagi raya lagi. Masa tu gembira di hati Tuhan sahaja tahu. Nak pula yang hantar tu kekasih di hati yang jauh di mata. Hehehe.

3. Malam 7 Likur

Budaya orang Melayu yang berterusan dari zaman ke zaman. Malam 7 Likur adalah 7 malam terakhir sebelum raya. Pada ketika ini boleh kata satu kampung nak dipenuhkan dengan cahaya pelita terutamanya pada jalan-jalan. Budaya ini sebenarnya untuk memudahkan orang ke surau dan masjid pada 10 malam terakhir mengejar Lailatulqadr. Budaya ini sememangnya sangat terkenal terutamanya di kawasan kampung. Namun hari ini ianya sukar untuk dilihat.

4. Gotong-royong hias rumah, buat Dodol, Lemang, Ketupat, dan Rendang.

Akak sapu luar rumah, abang pasang pelita, adik sapu dalam rumah, kak ngah pasang langsir, dan kakcik tukar sarung kusyen dah jadi kemestian setiap kali pada malam raya. Pernah lalui pengalaman seperti ini? Hehe. Sudah jadi tradisi setiap tahun juga adik- beradik memang paling sibuk membahagikan tugas masing-masing.

Satu keluarga juga sibuk menjalankan aktiviti mengacau Dodol, membuat Ketupat, memasak Rendang, dan membakar Lemang. Semuanya fokus dengan kerja masing- masing dan tradisi ini sememangnya membuatkan kita rasa “baru lah raya!”. Tapi malangnya hari ini paling kuat pun akan beli siap sahaja dan macam Ketupat pula dah ada yang jenis ‘segera’. Jadi semua ini menjadi sebab mengapa tradisi ini makin hilang.

5. Munjung

Adat ini biasanya dilakukan sehari sebelum menjelang Aidilfitri terutamanya masyarakat yang berketurunan Jawa. Para ibu akan sibuk memasak juadah dan bertukar hidangan dengan jiran terdekat seperti Rendang,Ketupat, kuih Lodeh yang diedar oleh anak-anak pada petangnya. Berebut-rebut anak-anak kecil nak tolong ibunya menghantar juadah. Mana tahu dapat duit raya dari jiran kan? Tapi sekarang, kekangan masa para ibu bekerjaya juga mungkin menjadi faktor amalan ini semakin hilang.

6. Berkampung sehari sebelum raya

Dah jadi kemestian semua mesti balik kampung sehari sebelum raya untuk berkumpul ramai-ramai. Anak-anak yang merantau di Ibu Kota akan pulang menaiki kereta, motosikal, ataupun pengangkutan awam lain. Kini tradisi ini semakin hilang mungkin kerana anak-anak yang semakin sibuk dengan kehidupan masing-masing. Faktor lain mungkin orang tua telah tiada lagi jadi tiada siapa di kampung maka anak-anak lebih memilih untuk beraya di Ibu Kota sahaja.

7. Main Bunga Api & Mercun

Bunga Api dan Mercun memang menjadi satu kemestian dulu. Ini kerana dahulu Mercun dan Bunga Api sangat mudah untuk didapati. Dijual pula dengan harga yang rendah. Kini selain Mercun & Bunga Api susah nak jumpa, undang-undang pula menjadi semakin ketat untuk menghalang perkara ini kerana telah banyak mengorbankan nyawa.

Ianya satu tindakan yang sangat baik dami keselamatan orang ramai terutamanya kanak- kanak namun kesan daripada semua ini menjadikan tradisi malam raya dengan letupan Mercun dan cahaya terang dari Bunga Api semakin hilang. Main Meriam? Lagilah semakin dilupakan.

8. Tunggu pengumuman Raya di depan TV

Dulu ramai-ramai berkumpul dengan Televisyen. Boleh kata tak raya kalau tak tengok pengumuman raya dekat TV tu. Kalau diumumkan esok raya, semua menjerit dan melompat gembira. Pernah diumumkan yang hari raya jatuh lusa, terus sedih muka. Biasalah budak-budak hanya tahu nak raya. Haha.

Sekarang tradisi ini semakin dilupakan memandangkan tarikh Raya pun telah ditetapkan awal-awal di dalam kalendar. Ialah zaman sekarang ni kira guna rukyah dan hisab. Jika dulu memang ada kemungkinan tarikh raya berubah bergantung kepada sesi “tengok anak bulan”. Sekarang zaman dah canggih maka nikmat ini hanya tinggal kenangan.

9. Bersalaman di pagi raya

Dulu bangun pagi terus pergi mandi. Lepas tu masing-masing pakai baju raya baru yang selama ni memang tak sabar nak pakai. Lepas dah cantik dan wangi-wangi, mesti akan beratur panjang untuk bersalam-salaman dengan mak-ayah mohon ampun dan maaf akan segala dosa. Ini dah menjadi tradisi sejak zaman-berzaman cuma pada hari ini tradisi ini semakin dilupakan akibat ramai yang lebih sibuk dengan hal sendiri menerusi gajet masing-masing. Apapun masih ada yang terus mengamalkan tradisi ini sehingga ke hari ini.

Tahu apa yang paling best masa tu? Lepas bersalam mesti akan dapat angpau yang berisi duit raya sebagai ganjaran jadi budak baik. Hehe!

Raikan Tradisi Hari Raya Dengan KFC!!

Untuk sama-sama menaikkan semula Warisan dan Tradisi orang Melayu kita, anda berpeluang untuk sertai KFC Warisi Tradisi Contest yang akan berlangsung dari 15 Jun hingga 6 Julai 2017 (4 minggu). 10 orang pemenang yang menghantar penyertaan paling kreatif akan menerima baucer bernilai RM100.

1. Ambil gambar/video dengan kawan atau keluarga anda meraikan Hari Raya.

2. Upload ke Instagram dan letakkan caption dengan menjelaskan tentang tradisi apa yang cuba anda tunjukkan. Jangan lupa letak hashtag #KFCWarisiTradisi di hujung caption.

3. Pastikan akaun anda di set kepada public untuk membolehkan penyertaan anda dilihat oleh juri.

Selamat mencuba!



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas