Connect with us

Oh! Media

80 Peratus Setuju Larangan Merokok di Dobi Layan Diri dan Hotel

Fmt dzulkefly ahmad new bernama 1119jpg

Oh! Lifestyle

80 Peratus Setuju Larangan Merokok di Dobi Layan Diri dan Hotel

Kira-kira 80 peratus daripada lebih 25,000 netizen bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan yang mahu memperluaskan pewartaan kawasan larangan merokok membabitkan premis dobi layan diri dan hotel dalam tempoh terdekat.

Ia berdasarkan kaji selidik dalam talian menerusi Facebook dan Twitter kendalian tiga akhbar keluaran The New Straits Times Press Berhad (NSTP) antara jam 1 tengah hari hingga jam 6 petang, hari ini.

Undian selama lima jam itu menarik 22,898 netizen menerusi akaun Facebook Berita Harian (BH); Harian Metro (HM) dan New Straits Times (NST), dengan 80 peratus atau 18,235 menyokong cadangan memperluaskan kawasan larangan merokok.

IKLAN

Selain itu, undian sama menerusi Twitter BH, HM dan NST pula disertai 3,019 netizen, dengan 85 peratus atau 2,572 bersetuju supaya dobi dan hotel diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

Kaji selidik itu dibuat susulan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan kementerian itu akan memperluaskan pewartaan kawasan larangan merokok di negara ini, yang ketika ini hanya membabitkan kepada sembilan jenis permis di tempat awam.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas