Connect with us

Oh! Media

Rumah Sewa Bukan Halangan Untuk Anda Hias Rumah. Ini 8 Tips Mudah & Menjimatkan

Oh! Lifestyle

Rumah Sewa Bukan Halangan Untuk Anda Hias Rumah. Ini 8 Tips Mudah & Menjimatkan

Ramai yang mempunyai impian untuk menghias rumah menjadi rumah impian masing-masing. Namun terikat dengan alasan tinggal di rumah sewa, bukan rumah sendiri, takut susah nak pindah.

ADVERTISEMENT

Tapi bila difikir-fikir balik, untuk miliki rumah sendiri bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya pada zaman sekarang. Jadi bila masakah kita akan tinggal dalam rumah impian kita. Mungkin 10-20 lagi kah?

Oleh itu jangan takut untuk decorate rumah sewa anda menjadi rumah impian. Kerana dimana kita tinggal disitulah jiwa kita.

8 Tips Menghias Rumah Dengan Mudah

1. Jangan takut untuk explore

2. Always refer to your designer friends kalau boleh

3. Tak semestinye korang full blast beli semua baru melainkan korang betul betul dapat bonus raya then gigih korang sakan shopping.

4. Beli bermula dengan kemampuan, tak mampu beli set meja makan beli kerusi dulu. Dalam kes aku, aku beli kaki ikea satu RM30 dan kemudian pergi hardware or dptkan memana pintu terpakai jadikan top. Kalau meja tu tak rata korang mungkin perlukan glass untuk bahagian atas meja.

5. Rak-rak lama yang korang rasa menyampah tengok dan hampir dicampak ke laut cuba cat semula, paling selamat cat hitam sebab dapat sorokkan segala keburukan yg ada.

6. Tak perlu beli lampu fancy mancy kat kedai beribu ringgit. Aku beli lampu meja ikea RM60 seketul pastu aku jadikan lampu gantung. Mentol beli je hardware baru berapa ringgit.

7. Kerusi meja makan tak semestinya sedondon. Nak beli sama macam mahal kan. Kalau campur pun rare gak. Baru hipster. Tapi kerusi aku sedondon sebab ni kerusi recycle event aku so takde cost dah hahahah.

8. Nak lembutkan suasana rumah, fresh flowers memang terbaik la. Selain bunga plastik yg menyusahkan korang ntuk cuci dr habuk ape kata korang tebang or cantas skit ranting dan dedaun kat depan umah korang. Letak dalam pasu isi air. Boleh la bertahan dalam seminggu. Bende hidup ni boleh buat rumah lebih segar

Perkongsian oleh Ben Firdaus Azraai

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas