Connect with us

Oh! Media

Oh! 8 Barangan Harian Yang Menggambarkan Makna Lain Pada Era Melayu Moden

Umum

Oh! 8 Barangan Harian Yang Menggambarkan Makna Lain Pada Era Melayu Moden

ADVERTISEMENT

Dalam era sosial media ni macam-macam bahasa dah tukar termasuklah barangan harian yang biasa kita lihat dan tidak bersalah pun tak pasal-pasal jadi mangsa dalam menggambarkan sesuatu yang mungkin 10 ke 20 tahun dulu tak pernah terfikir dek akal dalam masyarakat kita. Heh, macam-macam!!

Kunyit.

Beberapa tahun lalu, Kunyit juga hanyalah sekadar kunyit. Tapi hari ini, kalau kita panggil seseorang dengan panggilan “kunyit”, rasanya boleh bawa bergaduh besar! Haha. Ini kerana panggilan Kunyit ini menggambarkan golongan Gay yang menjalani hubungan sejenis sesama lelaki. Oleh kerana ianya dilakukan melalui bahagian kemaluan najis, kekotoran dari najis yang melekat (mungkin) digambarkan sebagai Kunyit. Ewwww!!

Bawang.

Dulu Bawang hanya sekadar Bawang yang digunakan di dalam masakan. Tapi tiba-tiba nama Bawang ni trending dan sesiapa yang suka mengumpat hal orang akan digelarkan “Makcik Bawang”. Ada yang beritahu kami puncanya kerana adegan memngumpat orang ni biasa dilakukan ketika makcik-makcik di kampung berkumpul di sebarang majlis kenduri sambil memotong bawang. Kerana itu mereka digelarkan “Makcik Bawang”.

Sotong.

Ini dah agak lama juga untuk lelaki yang lembut digelar sotong. Ialah lihat sahaja tangan mereka dan bagaimana pula tangan/misai sotong bergerak. Kelihatan lebih kurang sama kan? Jadi panggilan Sotong ini dah melekat dalam masyarakat kita apabila melihat lelaki yang lembut mengalahkan wanita (tapi bukan pondan).

Pisang.

Pisang atau “Pishang” menggambarkan perasaan diri yang merasa sangat bosan sampai tak tahu nak cakap macamana lagi. Sebut sahaja Pisang, pastinya akan difahami mereka yang lain tentang betapa bosannya suasana ketika itu. Kenapa Pisang digunakan kerana fizikal buah pisang itu sendiri yang lembut tidak bermaya.

Payung.

Sesuatu yang sangat sinonim dengan minta belanja. Mungkin kerana motif payung tu sendiri bertindak sebagai memayungi kita dari hujan dan panas. Oleh kerana itu bila disebut payung sahaja, kita sendiri dah memahami yang itu adalah ayat untuk minta dibelanja yang biasanya keluar dari mulut seseorang yang tak tahu malu.

Balak.

Ini sangat popular sejak berpuluh tahun lalu bagi golongan remaja terutamanya wanita. Pantang ada boyfriend, lelaki itu akan digelarkan sebagai balak. Mungkin kerana fizikal Balak tu sendiri yang keras dan besar. Hurm, lain macam.

Tisu.

Hati Tisu. Ini gelaran untuk mereka yang cepat sangat touching. Bergurau sikit nak touching. Jadi sesuai la digelar punya hati yang selembut tisu.

Ayam.

Pelacur atau Kupu-Kupu Malam digelarkan sebagai Ayam di negara ini kerana fitrah Ayam itu sendiri menjalankan kegiatan bersenyawa mereka di mana-mana sahaja tanpa peduli orang sekeliling. Ini samalah sikapnya seperti pelacur yang tanpa rasa malu menjalankan kegiatan mereka mencari pelanggan di lorong-lorong gelap dan sebagainya.

Mesti semuanya korang pun biasa gunakan jugak kan?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas