Connect with us

Oh! Media

7 Sebab Kenapa Kami Suka Samsung Note 7

Umum

7 Sebab Kenapa Kami Suka Samsung Note 7

ADVERTISEMENT

hampir sekian lama pelbagai spekulasi dikeluarkan sehinggalah Samsung secara rasminya memngeluarkan dari kotak “phablet” (smartphone+tablet) terbaru mereka bulan lepas. Ia dikenali sebagai “Note 7”, peranti yang bersaiz 5.7 inci yang dikuasakan oleh android berkongsi nama dengan “Galaxy 7” dan “S7” agar “Note 7” tidak kelihatan seperti ketinggalan di belakang.

Setelah meluangkan masa dengan “Note 7”, 7 sebab kenapa kami sukakan “Note 7” ini, dan korang boleh mempertimbangkan sama ada ia sesuai untuk kegunaan kerja ataupun bermain apabila ia dikeluarkan dengan harga sebergitu rupa.

1. Skrin Melengkung


Perkara pertama yang korang akan perasan apabila mengangkat telefon dan ia sangat besar, Quad HD “Super AMOLED” skrin, dan sekarang dengan sokongan HDR (High Dynamic Range) video menampakkan ianya bertenaga, mempunyai kecerahan yang tinggi, dan warna hitam yang lebih mendalam. Juga perkara baru untuk keluarga “Note” ialah di bahagian tepi melengkung pada kedua-dua belah skrin, sama seperti Galaxy S7 edge, yang membuat kandungan video dan permainan kelihatan lebih mengairahkan. Seperti kelebihan S7, korang boleh swipe ibu jari korang di bahagian sisi telefon untuk akses pantas kepada kenalan dan aplikasi kegemaran korang.

2. Pen dan fungsinya yang terbaru


Saiz skrin yang lebih besar dan S Pen disatukan adalah satu lagi ciri penting di dalam keluarga Galaxy Note. Digunakan untuk menulis, melukis, membuat lakaran atau sentuh, stylus berteknologi tinggi ini diletakkan bahagian bawah peranti jika mahu menggunakanya, tetapi kini S Pen mempunayi tip yang lebih kecil bersaiz 0.7 mm, serupa dengan pen mata bulat, dan sensitiviti tekanan yang lebih baik. Korang kini boleh mencatat sesuatu dalam paparan dan pin pada fungsi “always-on display”, yang menunjukkan maklumat pada skrin tanpa memakan banyak kuasa. Fungsi terbaru Air Command S Pen kini termasuk “Magnify” dan “Translate”, dimana korang boleh zoom atas paparan atau diterjemahkan perkataan daripada satu bahasa kepada yang lain, dengan hanya mengerakkan pen di atas skrin. pen ini juga membolehkan korang membuat gambar dalam format GIF dari video untuk dikongsikan.


3. Kalis Air, Skirn yang lebih lasak


Daripada laman web Samsung Galaxy S7 dan S7 edge,  Galaxy Note 7 adalah mendapat pensijilan IP-68, ini bermaksud ianya bukan sekadar percikan air dan tahan debu, malah dapat tenggelam didalam air mencecah 30 minit dengan kedalaman 5 kaki dan yang menariknya S Pen yang terkini juga mendapat pensijilan IP-68. Walaupun ciri-ciri ini kami hanya cuba dengan membasuhnya sahaja akan tetapi ianya jelas dan tidak lari dari fakta. Corning berkata, Samsung Galaxy Note 7 ini turut dilindungi oleh Gorilla Glass yang baru iaitu 5, yang membolehkan ia menerima hentakkan setinggi 5 kaki di atas permukaan yang keras dengan kadar ketahanan 80%.



4. Keselamatan tambahan, Maklumat peribadi


Dibawah keselamatan Samsung Knox security platform, Galaxy Note 7 menambah lagi 2 pilihan pengesahan biometrik iaitu “cap jari” meletakkan jari pada butang home dan “pengimbas iris” menghalakan mata korang di skrin Note 7 dan korang boleh terus mengakses smartphone korang. Proses ini sangat mengejutkan ianya sangat cepat dan tepat. Galaxy Note 7 juga menambah aplikasi dipanggil Secure Folder, yang membolehkan korang menyimpan maklumat sensitif seperti dokumen dengan kata laluan, imbasan pasport, atau fail peribadi yang lain. Ia memerlukan cap jari, iris mengimbas, kata laluan, PIN atau corak .


5. Lebih banyak memori


Galaxy Note 7 didatangkan dengan memori dalaman serendah 64GB, dua kali ganda berbanding apa yang Galaxy S7 atau S7 edge datang. Selain dari itu juga, ia menyokong kad memori microSD sehingga 256GB. Jika korang masih ingat, Samsung mengambil dan kemudian membawa semula keupayaan untuk menambah lebih banyak penyimpanan ke dalam peranti. Bagi specifikasi yang lain, Galaxy Note 7 dikuasakan oleh Octa-core processor (Quad 2.3GHz + 1.6GHz Quad), 4GB of system memory (RAM), mempunyai 12-megapixel dual-pixel kamera belakang dan 5 megapiksel hadapan menghadap kamera.

6. Bateri yang lebih besar, USB Type C
Apa gunanya jika semua fungsi mengagumkan tetapi tidak boleh gunakan sebelum ia bermula? Note 7 dilengkapi dengan bateri 3,500mAh, berbanding bateri 3,000mAh dalam Note 5 tahun lepas. Peranti ini juga menyokong fast-charging, sama ada korang menggunakan kabel USB yang disertakan atau melalui wireless charging. Dan buat kali pertama dalam siri Note, Samsung terbaru juga menyokong USB Type-C berbalik untuk fast charging dan data syncing. Samsung berkata, korang juga akan dapat converter di dalam kotak untuk menukar kabel microUSB biasa pada USB-C cord.

7. Aksesori yang banyak dan mudah dicari
Bersama-sama dengan line of wireless pads dan stands untuk mengecas Note 7 tanpa kabel dan aksesori fitness-centric seperti jam tangan Gear Fit 2, Gear IconX wireless earbuds, Samsung Gear VR virtual reality headset, Penutup berdiri S View, sarung berbentuk folio untuk smartphone dengan tetingkap kecil untuk melihat kandungan dan prop pada skrin Note 7 ianya boleh digunakan untuk menonton video juga. Terdapat juga penutup lampiran keyboard, aksesori penutup kanta kamera, beg kalis air, dan banyak lagi.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas