Connect with us

Oh! Media

(Gambar) 7 Bandar Zon Bebas Kereta Paling Banyak Di Dunia

Umum

(Gambar) 7 Bandar Zon Bebas Kereta Paling Banyak Di Dunia

Tidak dinafikan, antara faktor utama berlakunya pencemaran udara adalah dari penggunaan kenderaan. Dengan jumlah kereta yang banyak akan menyumbang asap kotor yang banyak.

ADVERTISEMENT

Oleh yang demikian, beberapa bandar terkenal yang sering menjadi tumpuan pelancong mula meningkatkan usaha demi memelihara alam sekitar daripada tercemar dengan kaedah mengurangkan penggunaan kereta dan meluaskan zon pejalan kaki.

Bahkan ada sesetengah bandar telah mengharamkan penggunaan kereta dan mengalakkan penduduknya mengunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang menyebabkan pencemaran udara.

Berikut merupakan senarai 7 bandar yang mempunyai zon bebas kereta paling banyak di dunia.

1. Madrid, Spain

Madrid telah mengharamkan berlakunya kesesakan trafik di bandar-bandar tertentu mereka. Terdapat beberapa kawasan yang masih membolehkan penduduknya memandu, namun orang lain masuk dan memandu akan dikenakan denda lebih daripada $ 100. Ia adalah salah satu langkah untuk meluaskan lagi pedestrianize dalam bandar Madrid dalam tempoh lima tahun akan datang.

2. Paris, Perancis

Pada tahun lepas, Paris juga mengharamkan penggunakan kereta di bandar-bandar tertentu, oleh itu pencemaran udara turun sebanyak 30%. Menjelang tahun 2020, Datuk Bandar telah merancang untuk mengandakan bilangan lorong basikal dan mengharamkan kereta diesel di dalam kawasan bandar.

3. Chengdu, China

Bandar satelit baru yang dirancang di Barat Daya China boleh dijadikan sebagai model untuk pinggir bandar moden. Daripada susun atur jalan-jalan yang direka, perjalanan dari lokasi ke lokasi boleh dicapai dalam masa 15 minit berjalan kaki.

4. Hamburg, Germany

Walaupun Hamburg tidak merancang untuk pengharaman penggunaan kereta di pusat bandar, namun sebenarnya bandar ini adalah lebih mudah jika tidak memandu. Rangkain hijau yang menghubungkan taman-taman di seluruh bandar akan membentuk kawasan berbasikal dan berjalan kaki di mana-mana.

5. Helsinki, Finland

Helsinki menjangkakan kebanjiran penduduk baru dalam beberapa dekad yang akan datang, namun mereka akan memastikan lebih ramai orang datang, jumlah kereta yang akan dibenarkan di jalan-jalan bandar yang lebih sedikit.

Dalam pelan baru bandar yang dibentangkan, bandar ini akan membina perkhidmatan baru mobiliti ke permintaan untuk menyelaraskan hidup tanpa kereta.

Satu aplikasi baru yang membolehkan rakyat serta-merta bergerak mencari bas atau kereta api yang terdekat. Dalam masa sedekad, kota ini diharap benar-benar bebas dari penggunaan kereta.

6. Milan, Itali

Akibat keadaan cuaca yang sering berjerebu, kerajaan menguji cara terbaru dengan kaedah mengurangkan penggunakan kereta di pusat bandar dan penduduk boleh menggunakan kenderaan transit awam secara percuma.

7. Copenhagen, Denmark

Trafik di kota Copenhagen pernah menjadi antara yang sangat teruk suatu ketika dahulu. Antara kaedah untuk mencegah dari terus berlakunya pencemaran, bandar ini memperkenalkan zon pejalan kaki dan zon bebas kereta di kawasan-kawasan tertentu malah bandar ini juga mempunyai lebih dari 200km lorong berbasikal.

OHMEDIA: Jadilah rakan komunity Oh! Media di WhatsApp. Kongsikan apa sahaja info, gambar atau video yang menarik di nombor 012-923 1562.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas