Connect with us

Oh! Media

Kenapa 5 Wanita Ini Digelar Wanita Terkaya Di Malaysia?

Umum

Kenapa 5 Wanita Ini Digelar Wanita Terkaya Di Malaysia?

Mungkin ramai yang tidak tahu, Malaysia mempunyai 5 wanita yang berada disenarai teratas terkaya. Kekayaan mereka bukan datang bergolek namun dengan usaha yang cukup cekal.

ADVERTISEMENT

Berikut merupakan senarai 5 wanita terkaya di Malaysia.

1. Puan Seri Lee Kim Hua

Puan Seri Lee Kim Hua merupakan isteri kepada Tan Sri Lim Goh Tong iaitu orang yang sinonim dikaitkan dengan Genting Highlands dan transformasi empayarnya. Beliau pernah berada di senarai teratas individu paling kaya di negara ini tetapi selepas pemergian beliau pada tahun 2007, hartanya hartanya itu telah diturunkan kepada keluarganya. Isterinya telah mewarisi sebahagian besar kekayaan itu dan kini mempunyai aset bernilai RM21.32 bilion.

2. Datuk Michelle Yeoh


Datuk Michelle Yeoh merupakan satu nama besar dalam industri filem antarabangsa. Aktres kelahiran Ipoh, Perak ini pernah membintangi beberapa filem bersama Datuk Jackie Chan malah pernah berlakon dalam filem James Bond. Beliau juga telah terpilih sebagai salah seorang daripada 50 wanita tercantik dunia pada tahun 1997. Michelle Yeoh dianggarkan memiliki kekayaan berjumlah RM245 juta pada tahun 2013.

3. Datuk Siti Nurhaliza


Siapa tidak kenal dengan pemilik nama Siti Nurhaliza. Memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian seawal 16 tahun, kehadiran Siti Nurhaliza benar-benar mencipta fenomena malah bakatnya telah berkembang keseluruh Asia. Pada tahun 2013, aset bersih Siti Nurhaliza dianggarkan sebanyak RM50 juta dan turut tersenarai sebagai salah seorang jutawan dalam bidang seni hiburan di Asia Tenggara. 

4. Pauline Chai

Pauline Chai merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia pada tahun 1969 pernah mencatatkan kes tuntutan penceraian termahal kerana Pauline menuntut setengah dari aset bekas suaminya, Tan Sri Dr. Kho Kay Peng yang memiliki kekayaan sebanyak RM2.3bilion. Pauline menuntut sebanyak RM463,700 sebulan.

5. Datuk Nicol David

Datuk Nicol David merupakan kebanggaan Malaysia dan banyak mengharumkan nama Malaysia dalam sukan Skuasy. Beliau telah menduduki carta pemain nombor satu dunia. Asetnya dianggarkan sebanyak RM1.4juta pada tahun 2013.

OHMEDIA: Dengan pencapaian yang mereka perolehi, mereka memang layak mempunyai aset sebanyak itu. Thumb up!

———————————————————— 

http://ohmedia.me/official-tees
Dapatkan T-shirt Rasmi Oh! Media Network + Beg di http://ohmedia.me/official-tees
Jika berminat sila email di [email protected]

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas