Connect with us

Oh! Media

5 Tips Untuk Menghilangkan Kotoran Pada Dinding

1520529597876jpeg

Oh! Lifestyle

5 Tips Untuk Menghilangkan Kotoran Pada Dinding

Siapa sahaja yang tidak pernah mengalami masalah kekotoran pada dinding di rumah seperti kesan conteng, sisa makanan dan minuman, habuk yang melekat dan sebagainya. Kadangkala kita akan rasa malas untuk membersihkannya. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi dekat korang tips serta bahan untuk membersihkan dinding yang kotor.

Alkohol

Untuk pengetahuaj korang, alkohol bukan sahaja terdapat pada arak namun terdapat juga pada minyak wangi. Jadi semburkan minyak wangi korang pada dinding yang kotor dan lap menggunakan tisu. Kesannya mampu untuk membersihkan kotoran pada dinding.

Ubat Gigi

Boleh dikatakan semua orang mempunyai ubat gigi dalam rumah. Walaubagaimanapun tidak semua tahu bahawa ubat gigi boleh menanggalkan kotoran jenis dakwat pen dan krayon pada dinding. Caranya mudah sahaja, gosok pada bahagian yang kotor kemudian lap menggunakan kain basah.

IKLAN

Lemon

Kebanyakkan bahan pembersih akan menggunakan lemon seperti sabun pencuci pinggan kerana lemon mengandungi asid yang kuat untuk menghapuskan kotoran. Korang hanya perlu potong buah lemon dan gosok pada dinding yang kotor sehingga bersih. Kemudian lap menggunakan kain yang bersih untuk memastikan bau lemon dapat membuatkan ruang itu menjadi wangi.

Bedak

Bedak sangat memainkan peranan penting buat yang sudah berkeluarga. Mungkin ramai tidak tahu bedak mengandungi bahan kimia yang boleh melenyapkan kesan kotoran pada dinding. Caranya korang letak bedak pada bahagian yang kotor pada dinding dan lap menggunakan kain yang bersih

Cuka

Kebiasaannya bahan ini digunakan untuk memasak, namun cuka juga memiliki kelebihan lain seperti menghilangkan kotoran pada dinding. Caranya tuang cuka pada kapas dan lap pada tempat yang kotor. Kemudin bilas menggunakan kain yang basah.

OHMEDIA : SEMOGA TIPS INI DAPAT MEMBANTU KORANG UNTUK MENGHILANGKAN KOTORAN PADA DINDING

+ Baca respon pembaca 5 tips untuk menanggalkan kotoran pada dinding di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas