Connect with us

Oh! Media

5 Tips Untuk Suri Rumah Berjaya Dalam Bisnes Online

Oh! Lifestyle

5 Tips Untuk Suri Rumah Berjaya Dalam Bisnes Online

Gambar Hiasan


Zaman sekarang, Internet boleh melakukan apa sahaja. Internet mampu membuatkan sesiapa sahaja menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit bahkan lebih besar dari gaji bulanan. 


Malah, kini ramai golongan surirumah sudah mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan atas talian (online) menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram.

ADVERTISEMENT

Mereka lebih bijak dalam menjadiakn sesuatu kemudahan itu menjadi sumber pendapatan. Berikut merupakan 5 tips mudah untuk surirumah berjaya dalam perniagaan online.

5 Tips suri rumah berbisnes Online

Sebelum ada pejabat Kaklin hanya bermula di rumah selama 2 tahun. Kaklin share kan tips ini berdasarkan pengalaman sendiri.

1. Jika ada anak

Pastikan urusan anak-anak diutamakan. Atur masa, atur aktiviti mereka ikut jadual. Tetapkan masa tidur, masa makan atau menyusu, permulaannya memang sukar tetapi apabila sudah terbiasa, anak anak akan berdisiplin dan mudah kita untuk plan tempoh dan masa untuk urus bisnes.

2. Suami dan komitmen

Nyatakan hasrat anda membantu suami dan pohon sedikit komitmen dari suami. Suami yang baik akan memberi sokongan penuh dan membantu anda memudahkan urusan bisnes online. Anda perlu libatkan suami dan visualize kan pada suami yang bisnes online ini akan menjadi bisnes keluarga.

3. Tetap target harian dan bulanan

Ramai yang tahu, target jualan sangat penting. Sentiasa kongsikan dengan suami sama ada jualan capai target atau tidak. Suami akan lebih memahami dan akan membantu bersama untuk anda capai target anda. Letakkan target permulaan yang minima dan perlahan-lahan naikkan sasaran. Anda akan lebih bersemangat dengan cara ini.

4. Akaun Syarikat

Walaupun di rumah, anda perlukan akaun syarikat yang sah, ini bertujuan untuk mengasingkan duit syarikat dan duit peribadi. Banyak kelebihannya, selain menjadi kewajipan kini untuk peniaga online perlu meletakkan nombor pendaftaran syarikat.

5. Daftar akaun dengan Poslaju

Setelah mempunyai daftar syarikat, anda boleh membuka akaun di poslaju. Kelebihannya, anda tidak perlu keluar rumah, pihak poslaju akan membuat collection di rumah anda. Ini sangat menjimatkan masa dan praktikal.

Tips dikongsikan oleh Azlina Hashin
Founder #ailinskincare

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas