Connect with us

Oh! Media

5 Tips Buat iPhone Anda Lebih Berkuasa

Umum

5 Tips Buat iPhone Anda Lebih Berkuasa

Salah satu sebab mengapa iPhone menjadi popular di seluruh dunia adalah kerana sistem operasinya yang ‘smooth’ dan memudahkan pengguna. Walaupun begitu, anda masih boleh melakukan beberapa perkara untuk membuatkan prestasi iPhone anda menjadi lebih baik.

ADVERTISEMENT

The Huffington Post menerangkan 5 langkah mudah untuk pengguna iOS memaksimumkan prestasi iPhone/iPad mereka.

1. Buang Data Tidak Penting


Pengguna iOS dinasihatkan untuk membuang segala benda yang tidak digunakan di dalam peranti mereka. Untuk melihat ‘usage’ peranti anda, buka Settings > General > Usage. Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk memberikan data kepada anda tetapi anda akan dapat melihat aplikasi manakah yang memakan memori dengan banyak. Buang apa yang boleh. Permainan yang sudah lama anda tidak main itu mungkin menggunakan memori iPhone anda dengan banyak. Buang!

2. Buang Cache Browser


Memadam history, cookies dan data lain sebenarnya memberi perbezaan kepada prestasi peranti anda. Untuk memadam, buka Settings > Safari > Clear History, kemudian Clear Cookies and Data.

3. Buang Mesej Lama


Data iMessage disimpan ke dalam iCloud tetapi mesej biasa disimpan di dalam peranti anda. Anda boleh membuang perbualan lama dengan membuka mesej tersebut, tekan mesej tersebut 2 saat dan anda akan dapat lihat butang More. Kemudian anda boleh memilih untuk membuang mana-mana mesej atau boleh pilih Delete All untuk membuang semua sekali.

4. Tutup Kemaskini Automatik Aplikasi


Kebanyakan pengguna gemar menggunakan kemaskini automatik aplikasi untuk sentiasa mendapat kemaskini terkini tanpa perlu membuka App Store dan kemaskini secara manual. Tetapi, jika prestasi tanpa sebarang gangguan adalah keutamaan anda, menutup fungsi ini adalah pilihan yang lebih baik. Untuk menutup kemaskini automatik, buka Settings > iTunes & App Store > Off Automatic Downloads.

5. Tutup Location


Tip ini bukan sahaja membuatkan prestasi peranti lebih baik, tetapi juga membuatkan bateri anda tahan lebih lama. Terlalu banyak aplikasi yang menggunakan GPS untuk mengetahui lokasi anda, sesuatu yang tidak diperlukan dan tidak penting. Buka Settings > Privacy > Location Services dan buang sebanyak mungkin aplikasi-aplikasi yang tidak penting daripada menggunakan GPS pada peranti anda.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas