Connect with us

Oh! Media

Anda Rajin Ambil Gambar Guna Smartphone? Ini 5 Trick Yang Patut Anda Cuba Untuk Hasil Gambar Yang Cantik

Oh! Lifestyle

Anda Rajin Ambil Gambar Guna Smartphone? Ini 5 Trick Yang Patut Anda Cuba Untuk Hasil Gambar Yang Cantik

Zaman sekarang, kebanyakan orang lebih suka mengambil menggunakan smartphone kerana selain lebih kompak dan mudah dibawa kemana-mana spesifikasi yang diletakkan pada kamera smartphone berkenaan sudahpn setanding dengan sebuah kamera DSLR. Tapi sejauh mana keupayaan anda untuk mendapatkan hasil yang cantik seperti kamera DSLR menggunakan kamera smartphone sahaja? Berikut adalah 5 tip yang patut anda cuba untuk dapatkan hasil gambar yang cantik.

ADVERTISEMENT

Pastikan Lens Kamera Smartphone Bersih Dan Tiada Kesan Kotor

Sumber gambar dari Quertime
Benda pertama yang perlu dititikberatkan adalah kebersihan lensa kamera. Sekiranya lens berkenaan kotor, ini akan menjejaskan kualiti gambar berkenaan. Lens berkenaan boleh dibersihkan dengan mengunakan kain khas (kain bersihkan cermin mata) atau tisu.

Stabilkan Kedudukan Anda Ketika Mengambil Gambar

Sumber gambar dari Unsplash
Ketika hendak mengambil gambar pastikan anda berada dalam kedudukan yang selesa. Elakkan mengambil gambar menggunakan sebelah tangan sahaja bagi mengelakkan gegaran yang akhirnya menjejaskan kualiti gambar yang ditangkap.

Elakkan Menggunakan Zoom

Sumber gambar dari Android Authority
Ini penting, kerana zoom akan menjejaskan kualiti dan sharpness gambar anda.Hasilnya gambar anda akan kelihatan pecah dan tidak cantik. Jadi perkara yang anda boleh lakukan adalah adjust kedudukan anda dengan objek yang ingin ditangkap. 

Gunakan Sumber Cahaya Semula Jadi

Sumber gambar dari Jefersoncunha
Elakkan untuk menggunakan flash ketika mengambil gambar. Kerana flash akan mengakibatkan gambar yang diambil terlalu terang (warna putih). Ini akan menjejaskan matlamat objek yang diambil, misalnya gambar rakan anda. 

Gunakan Garisan Grid

Sumber gambar dari Infosantai dan The Lens Lounge
Garisan grid ini penting kerana ia membantu anda menentukan kedudukan objek yang ingin ditangkap. Teknik ini dipanggil sebagai Rule of Third, kerana ia menjadikan gambar yang diambil lebih seimbang dan menarik.  Caranya adalah, meletakkan objek pada titik persilangan grid berkenaan. Bagi gambar  pemandangan, anda boleh bahagikan pemandangan berkenaan kepada tiga bahagian, lihat contoh gambar di bawah.
Sumber gambar dari Infosantai
OHMEDIA: SEMOGA PERKONGSIAN INI BERMANFAAT KEPADA KORANG SEMUA.

Sumber: Info Santai

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas