Connect with us

Oh! Media

Rugi Gila Pakai iPhone Tapi Tak Pernah Ubah Semua Setting Berikut!

Umum

Rugi Gila Pakai iPhone Tapi Tak Pernah Ubah Semua Setting Berikut!

Diakui iPhone berada hebat dikelasnya tersendiri namun anda boleh menjadikannya lebih baik, mengikut keselesaan anda dengan hanya beberapa minit mengubah beberapa tetapan asal, dimana ia akan memberi kesan besar kepada anda yang menggunakannya. Ini 5 tetapan yang patut anda untuk pengalaman menggunakan iPhone dengan lebih baik.

ADVERTISEMENT

Aktifkan Do Not Disturb

Sumber gambar dari iOS Gadget Hacks

Dengan ciri Do Not Disturb ini, ia membolehkan anda mendapatkan tidur yang lena. Bagaimana? Dengan menghidupkan ciri ini, ia akan senyapkan semua alert pada iPhone anda, sama ada dengan set scheduled atau on-demand. Paling menarik, sekiranya ada seseorang ingin mendapatkan anda (kecemasan), anda boleh set ciri dengan membenarkan panggilan dari nombor yang sama untuk membuatkan iPhone anda berdering.

Anda juga boleh memutuskan untuk membenarkan beberapa panggilan dari senarai contact yang sudah anda add sebagai favourite dalam iPhone berkenaan.

Menambah bilangan cap jari pada Touch ID

Sumber gambar dari iPhone Life

Seperti semua tahu pihak Apple telah mengembalikan butang Touch ID pada iPhone SE 2020 dan membenarkan iOS menambahkan bilangan cap jari pada Touch ID berkenaan. Tidak seperti sebelum ini, iOS hanya membenarkan satu cap jari sahaja.

Caranya ialah, pergi Setting, kemudian Touch ID & Passcode. Masukkan nombor pin anda dan pilih Add fingerprint kemudian ikut langkah yang ditetapkan.

Set up Alternate Appearance

Sumber gambar dari Youtube

Ciri pengecaman wajah dari Apple, Face iD akan sentiasa belajar dan belajar semula aspek yang berlainan pada wajah anda setiap kali imbasan dibuat. Namun akan ada certain waktu yang membuatkan anda struggling untuk membuatkan Face ID mengecam wajah anda.

Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh menggunakan pilihan Alternate Appearance untuk mengatasinya. Caranya ialah, pergi ke Setting kemudian Face ID & Passcode. Masukkan nombor PIN dan pilih Set Up Alternate Appearance kemudian ikuti langkah yang diberikan.

Nyahaktif Auto Brightness untuk jangka hayat bateri yang lama

Sumber gambar dari Systweak

Kecerahan skrin memberi impak yang besar pada jangka hayat bateri. Tetapan asal, iaitu Auto Brightness, iOS akan secara automatik mengubah kecerahan skrin berdasarkan jumlah cahaya yang dikesan oleh ambient sensor detects.

Dengan menyahaktikan ciri Auto Brightness, anda mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap kecerahan skrin iPhone anda.

Menyesuaikan Kembali Control Center

Sumber gambar dari iMore

Apa yang signifikan perbezaan antara iOS dengan Android adalah Control Center yang hadir pada peranti iOS, iaitu iPhone. Dengan Control Center, anda boleh mengubah lagu dengan cepat, menghidupkan mode kapal terbang, sambung ke Wifi atau mulakan timer, bahkan lebih banyak lagi yang boleh dilakukan.

Caranya adalah dengan pergi ke Setting, pilih Control Center kemudian Customise Control. Anda boleh remove pilihan dengan tap pada red minus button dan menambah pilihan dengan tap pada green addition button.

OHMEDIA: IOS SEMEMANGNYA DIBINA UNTUK MEMUDAHKAN TUGAS-TUGAS HARIAN ANDA. YANG MANA PAKAI IPHONE, IPAD DAN IMAC, TAHULAH BETAPA MUDAHNYA BEKERJA DENGAN EKOSISTEM APPLE INI.

Sumber: Cnet.com

+ Baca respon pembaca 5 tetapan yang anda perlu tahu untuk pengalaman menggunakan iPhone yang lebih baik di Facebook Oh! Media



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas