Connect with us

5 Sifat Perempuan Yang Ada Pada Lelaki. Betul Ke?

Oh! Lifestyle

5 Sifat Perempuan Yang Ada Pada Lelaki. Betul Ke?

Kaum wanita sering dilabel sebagai “Mak Cik Bawang” kerana suka melakukan perkara yang berkait rapat dengan panggilan tersebut. Walaubagaimanapun, tidak semua tahu bahawa lelaki juga memilki sifat yang sama seperti wanita. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi dekat korang 5 sifat tersebut.

Selfie

Seperti semua tahu, wanita memang suka berselfie tidak kira berada di mana asalkan gambarnya cantik. Jika tidak nampak cantik, mereka akan tambah sedikit filter pada gambar tersebut. Namun, perkara ini juga gemar dilakukan oleh lelaki ketika lepak bersama kawan-kawan. Pasti mereka akan mengambil gambar di beberapa tempat yang memiliki background cantik. Selain itu,  ada lelaki yang suka selfie sendiri asalkan ada logo Apple pada Smartphone yang digunakan.

Bergosip

Siapa kata wanita sahaja yang suka bergosip ketika keluar bersama kawan-kawan. Lelaki pun lebih kurang sahaja bahkan boleh mengalahkan “mak cik bawang” ketika bergosip semasa berkumpul dengan geng mereka. So, jangan sesekali mengatakan bahawa lelaki tidak pernah bergosip.


Menonton Drama 

Ramai lelaki yang kaki drama sebenarnya. Ada yang suka menonton drama korea sehingga menangis. Alahai, muka nampak ganas tapi hati seperti tisu. Oleh itu, korang jangan beranggapan hanya perempuan sahaja yang suka menonton drama. 

Shopping 

Lelaki sama sahaja seperti perempuan, pantang nampak jika ada promosi atau diskaun pada barang-barang sepertu kasut, jam dan pakaian. Pasti mereka akan mengabiskan sedikit masa dan duit untuk mendapatkan barangan tersebut.


Menjaga Wajah

Walaupun tidak memiliki barangan kosmetik atau krim penjagaan kulit, sikap lelaki sama sahaja seperti perempuan ingin menjaga wajah supaya nampak cantik dan bersih. Oleh itu, mereka akan memiliki sekurang-kurangnya pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah. 
OHMEDIA: 5 PERKARA INI MENUNJUKKAN BAHAWA LELAKI JUGA MEMILIKI PERANGAI YANG SAMA SEPERTI PEREMPUAN

Kredit: Maskulin

+ Baca respon pembaca 5 sifat perempuan yang ada pada lelaki di Facebook Oh! Media

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Trending

To Top