Connect with us

Oh! Media

5 Sebab Ini Bukti Anda Wajar Melancong Secara Solo Pada Usia 20an

Oh! Lifestyle

5 Sebab Ini Bukti Anda Wajar Melancong Secara Solo Pada Usia 20an

ADVERTISEMENT

Jika anda seorang yang sukakan cabaran, lakukan misi perlancongan anda secara solo. Sudah pasti pengalamannya akan benar-benar berbeza daripada melancong secara berkumpulan. Malah, 5 perkara ini adalah sebab untuk anda melancong seorang diri pada usia 20-an.

1. Anda Akan Belajar Banyak Perkara

Melancong seorang berbeza dengan melancong bersama keluarga dan kawan-kawan anda. Melancong seorang akan membuatkan anda tahu apa yang anda suka dan apa yang tidak tanpa mendengar suara orang lain

2. Anda Ada Masa Untuk Melakukan Perkara Yang Anda Suka

Ya, usia 20-an merupakan usia yang ideal untuk anda pergi melancong. Mesti anda terfikir bila masa nak belajar, mencari kerja dan sebagainya? Ya. Anda sebenarnya ada masa. Percayalah. Selepas usia 20-an, anda akan disibukkan dengan hal-hal keluarga dan kerja. Maka, ambil kesempatan di usia 20 an anda.

3. Anda Ada Tenaga 

Bayangkan, usia 60 anda melakukan bungee jump? Mesti tak dapat bukan. Maka, usia 20 an anda merupakan masa di mana anda bertenaga dan mampu melakukan semua aktiviti yang anda mahu. Di samping itu, dengan melancong berseorangan, anda tidak akan terikat dengan aktiviti yang anda tidak mahu lakukan.

4. Keluar Dari Zon Selesa

Ya, keluar dari zon selesa anda. Cuba untuk berubah dan beradaptasi dengan situasi yang baru.

5. Anda Akan Pulang Jadi Insan Yang Lebih Baik

Percayalah, selepas anda pulang dari melancong, anda akan dapat sesuatu yang akan menjadikan anda lebih baik dan terdapat satu perasaan tu, yang susah untuk diungkapkan. Anda melanconglah secara solo, dan anda akan tahu.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas