Connect with us

Oh! Media

Bujang? Tak Tahu Nak Masak Apa Untuk Berbuka? Ini 5 Resepi Mudah Untuk Anda Cuba Semasa Bulan Puasa Ini

Oh! Lifestyle

Bujang? Tak Tahu Nak Masak Apa Untuk Berbuka? Ini 5 Resepi Mudah Untuk Anda Cuba Semasa Bulan Puasa Ini

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP) dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei. Antara yang terkesan dengan pengumuman ini adalah anak bujang yang berada diperantauan tidak dapat balik ke kampung untuk berpuasa bersama-sama keluarga.

ADVERTISEMENT

Bagi mereka yang bujang yang ada skill masakan yang baik, tidak menjadi masalah bagi mereka untuk menikmati makanan yang dimasak sendiri berbanding dengan mereka yang tak tahu masak dan bergantung dengan nasi bungkus untuk terus hidup. Oleh itu Ohmedia nak kongsikan 5 Resepi mudah yang anda boleh cuba semasa bulan puasa ini.

Sosej Sambal Merah

Sumber gambar dari Rasa.my

Simple saja lauk ini kerana menggunakan satu bahan utama iaitu sosej. Masa Ohmedia belajar dulu, lauk paling senang adalah sosej goreng dan nasi panas, pasal nak survive punya pasal. Resepi ini memerlukan effort anda untuk membuat sambal untuk sosej berkenaan.

Resepi rujuk disini

Tauhu Sambal Tempe

Sumber gambar dari Rasa.my

Lauk ini sesuai dimakan dengan nasi panas. Tidak memerlukan kos yang tinggi kerana hanya menggunakan dua bahan utama yang tak sampai pun RM2 sebiji. Lauk jenis ini tahan lama, kalau masak lebih, boleh makan untuk sahur nanti.

Resepi rujuk disini

Sambal Daging Burger

Sumber gambar dari Rasa.my

Selain sosej, daging burger pun boleh dijadikan bahan utama untuk lauk anda. Disamping menjimatkan, ia memudahkan kerja anda kerana tidak mengambil masa yang lama untuk penyediaan sambal berkenaan.

Resepi rujuk disini

Telur Masak Paprik

Sumber gambar dari Rasa.my

Rindu masakan mek? Mungkin anda perlu cuba masakan ini kerana hanya menggunakan telur sahaja. Jauh lebih jimat kerana anda dapat menikmati masakan ala kedai mek walaupun tak sesedap masakan mek, tapi jadilah memandangkan kos yang perlu dikeluarkan tak tinggi mana.

Resepi rujuk disini

Telur Goreng Masak Kicap

Sumber gambar dari Rasa.my

Ini menu paling ringkas yang anda boleh cuba. Kebiasaanya kita akan makan telur goreng dengan kicap sahaja sudah cukup. Tak salah kita letak effort sikit untuk menjadikan masakalan telur berkenaan lebih sedap dari biasa memandangkan cara membuatnya sangat ringkas.

Resepi rujuk disini

OHMEDIA: TIME BULAN PUASA DAN PKP NI LAH KENA ASAH SKILL MEMASAK. MANA TAHU BALIK KAMPUNG NANTI BOLEH MASAK UNTUK KELUARGA PULA, TAK GITU?
Sumber: Rasa.my
+ Baca respon pembaca 5 resepi mudah untuk dicuba semasa bulan puasa di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas