Connect with us

Oh! Media

5 Perkara Kami Suka Tentang Apple Watch Series 2

Umum

5 Perkara Kami Suka Tentang Apple Watch Series 2

Hampir dua tahun Apple untuk mendedahkan Apple Smartwatch  “Series 1” dan untuk menyambut pengumuman itu versi “Series 2” telah bertukar kepada jam tangan sukan yang sangat menarik. Kelihatan seperti Apple Watch Series 2 ini lebih kepada potensi sports-tracking, dimana tarikan itu lebih cenderung kepada ahli sukan dan golongan yang menjaga kesihatan.

ADVERTISEMENT

Jom kita lihat 5 perkara yang kami suka tentang apple watch siri 2.

1) Sekarang ia benar-benar swimming-proof

Apple Watch “Series 1” bukan water-proof ,ianya sekadar “splash-proof” sahaja, jika sekadar mandi bersamanya mungkin tiada masalah dan tidak melibatkan air yang banyak. Tetapi “Series 2” ini adalah water-proof sepenuhnya, dengan rintangan air 50m, teknologi kedap baru dan pembesar suara yang membantu mengeluarkan air daripadanya benda yg Hidrofobia.

Apple mendakwa ia telah dibangunkan dengan perenang pro, dengan dua mod baru “swim’ dan “open water “swim”, mengira kelajuan anda, lap dan kalori terbakar, dan nampaknya secara beransur-ansur menyesuaikan kecekapan strok anda untuk meningkatkan ketepatannya.

2) Mempunyai build-in GPS

Apple Watch “Series 1″ tidak cukup potensinya sebagai sportwatch oleh kerana satu ciri penting yang tidak ada iaitu Build-in GPS. Ini bermakna anda memerlukan iPhone anda sentiasa dalam poket untuk mendapatkan pengiraan jalan yang tepat. Oleh itu, :Series 2” ini mempebaikinya dengan menambah GPS cip kedalamnya.

Ini adalah berita yang sangat besar, ini bermakna Apple telah menjumpai cara untuk memasukkan cip tanpa menjejaskan hayat bateri dan membawa ia sehingga setanding dengan sportwatch yang lebih profesional seperti Spark Tom Tom Sports 3. Dengan menggabungkan ini dengan aplikasi yang dikemas kini seperti Runkeeper, dan anda mempunyai apa yang boleh menjadi jam tangan sukan yang paling dikehendaki di dunia.

3) Ia lebih berkuasa bergitu juga dengan “Series 1”

Seperti yang diramalkan, Apple Watch “Series 2” mempunyai beberapa perkara yang jauh lebih baik untuk membantu generasi akan datang dari segi aplikasi smartwatch dan permainan.

Processor dual-core yang dijanjikan untuk menjadikan 50% lebih cepat, manakala GPU baru memberikan dua kali prestasi grafik. Sebagai contoh Night Sky Apple yang disebut-sebut, ini bermakna peningkatan utamanya untuk frame rates dan graphical info.

Untuk mereka yang tidak mampu untuk mendapatkan “Series 2”, “Series 1” juga mendapat processor dual core yang baru untuk memastikan ia berjalan dengan lebih cepat dengan WatchOS 3.

4) Skrin dua kali lebih cerah

Skrin baru Apple Watch “Series 2”, dua kali begitu cerah dari sebelumnya, menjadikannya paparan paling cerah pada semua Apple gadget.

Diharapkan ia tidak menyakitkan mata dan terang pada bawah sinaran matahari serta fungsinya amat berguna di dalam air.


5) Didatangkan dengan citarasa baru termasuklah Apple Watch Edisi Nike

Sudah sepuluh tahun Apple dan Nike pertama kali bekerjasama untuk Nike + iPod. Kali ini, mereka telah bergabung tenaga sekali lagi untuk membuat Apple Watch + Nike.

Secara fizikalnya ia sama dengan “Series 2” cuma Space Grey itu membuatkan ia nampak lebih kemas. Cuma perbezaannya adalah ia memfokuskan andan berlari dari awal hingga akhir, paparan yang lebih jelas statistik anda berjalan, dan fungsi dari mod menyelam pergi ke mod berlari hanya dengan menekan skrin atau meminta “Series” untuk “start to run”. Ia sebenarnya agak kurang menarik bagi pelari biasa, tetapi bagaimana pula dengan “Are we running today?” Berjalan bersama-sama lebih baik daripada berjalan sendirian. Dapatkan semua coaching, pacing, dan persahabatan daripada Nike.

Untuk mereka yang kurang cenderung kepada sukan, ada juga versi seramik Apple Watch dan “Series 2” untuk Hermes tie-in.

Jadi Nantikan Apple Watch Series 2 dari kami.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas