Connect with us

Oh! Media

5 Fakta Menarik Tentang Yakult

Branded

5 Fakta Menarik Tentang Yakult

Rata-rata rakyat Malaysia mesti dah tahu tentang kewujudan Yakult kan? Susu kultur yang dipenuhi dengan baketeria baik, strain Shirota. Minggu lepas, team kami berpeluang melawat kilang Yakult di Seremban, Negeri Sembilan. Kilang ini merupakan satu-satunya kilang Yakult di Malaysia yang telah beroperasi sejak 2004 lagi.

Semasa sesi lawatan di kilang Yakult, kami dapat tahu banyak info dan fakta menarik tentang minuman Yakult yang segar dan berkhasiat ni. Jom kami kongsikan 5 fakta menarik tentang Yakult!

1. Satu botol kecil Yakult mengandungi lebih 30 bilion strain Shirota hidup!

Ya, bayangkan dalam satu botol kecil sahaja, sudah memberikan kebaikan kepada penggunanya! Strain Shirota adalah sejenis bakteria asid laktik yang kuat dan berupaya sampai ke usus secara hidup. Patutlah ramai yang menjadikan Yakult sebagai tambahan kepada makan/minum kebiasaan mereka.

2. Yakult ada dua jenis – Yakult Ace dan Yakult Ace Light!

Jangan tanya mana satu yang lebih baik sebab kedua-duanya ada kebaikan yang tersendiri. Kedua-dua produk mempunyai fungsi dan keberkesanan yang sama, iaitu menyampaikan lebih 30 bilion bakteria baik hidup ke usus untuk membantu kesihatan kita. Yakult Ace Light sesuai untuk mereka yang mahukan rasa yang kurang manis. Yakult Ace pula adalah satu pilihan bagi mereka yang inginkan faedah tambahan kalsium dan vitamin-vitamin B6, B12, D dan Niasin (Vitamin B3).

3. Kilang Yakult mengeluarkan hampir 470,000 botol Yakult sehari!

Wow. Bayangkan, 470,000 botol dikeluarkan sehari oleh satu kilang sahaja. Kilang Yakult memproses dan mengeluarkan susu kultur Yakult Ace dan Yakult Ace Light sehari untuk pasaran Malaysia dan eksport ke Singapura. Malaysia antara 33 buah negara yang mempunyai kilang Yakult sendiri.

4. Hanya Yakult di Malaysia mempunyai straw!

Ini fakta yang sangat menarik bagi kami. Menurut, Sarah Zulkiflee, Eksekutif Perhubungan Awam Yakult (M) Sdn Bhd, hanya Yakult di Malaysia sahaja yang mempunyai straw. Di negara lain, cara mereka minum yakult adalah dengan membuka penutup aluminium dan terus minum. Manja sungguh rakyat Malaysia kan? Tambah menarik lagi, di botol Yakult juga ada disertakan bagaimana mahu membuka straw dari botol Yakult.

5. Kilang Yakult sedia menerima kunjungan orang ramai !

Ya, kilang Yakult dibuka kepada orang awam yang berminat untuk mengetahui cara pemprosesan Yakult. Hanya perlu isi borang tempahan di www.yakult.com.my. Sehingga kini, lebih 2 juta orang pelawat telah datang melawat kilang Yakult. Ramai yang dah datang singgah antaranya macam kanak-kanak, pelajar sekolah/universiti, warga emas, institusi swasta, badan kerajaan dan sebagainya.

Jadi itu antara fakta menarik mengenai Yakult. Memang menarik kan? Nak lagi menarik, Yakult Malaysia sedang mengadakan peraduan hebat. Hadiah utama peraduan ini adalah percutian ke negara Jepun untuk 3 keluarga bersama duta Yakult, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Lara Alana. Wah, dapat bercuti dengan artis!

Untuk Maklumat lanjut tentang peraduan Beli & Menang juga info lain, sila layari www.yakult.com.my

+ Baca respon pembaca di Facebook.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas