Connect with us

Oh! Media

421,706 Pelajar Akan Menduduki Peperiksaan SPM Tahun Ini

Oh! Lifestyle

421,706 Pelajar Akan Menduduki Peperiksaan SPM Tahun Ini

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan diduduki semua pelajar tingkatan 5 akan bermula pada 13 November hingga 13 Disember ini.

ADVERTISEMENT

Seramai 421,706 orang calon telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan di 3,308 pusat peperiksaan seluruh negara, menurut kenyataan Kementerian Pendidikan.

“Seramai 33,361 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan,” menurut kementerian itu lagi.

Calon SPM pada tahun ini adalah terdiri daripada calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (86 peratus), calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain Kementerian Pendidikan (2.3 peratus), calon Sekolah Menengah Agama Negeri (1.9 peratus), calon Sekolah Menengah Agama Rakyat (0.5 peratus), calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM (3.3 peratus) dan calon persendirian enam peratus.

“Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my.

“Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar,” menurut kenyataan itu.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas