Connect with us

3 Bulan Gantung Beg, Inilah Lokasi Percutian WAJIB Pergi Untuk Lepas Gian Bercuti.

Branded

3 Bulan Gantung Beg, Inilah Lokasi Percutian WAJIB Pergi Untuk Lepas Gian Bercuti.

Selepas melepasi fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kini kita semua perlu terus memberikan kerjasama bagi meneruskan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadualkan tamat pada 31 Ogos 2020 .

Namun begitu, pembukaan pelbagai sektor perniagaan telah dilakukan secara berperingkat bagi mengukuhkan kembali ekonomi Malaysia. Antara sektor perniagaan yang paling terjejas berikutan penularan wabak Covid-19 sudah semestinya industri pelancongan.

Percutian Domestik Dibenarkan!

Alhamdulillah, bila dengar je pengumuman pelancongan domestik dibenarkan, memang senyum sampai telinga la jawabnya. Maklum la, kami ni memang kaki jalan kot.

Happy sudah semestinya, tapi kebersihan perlu diutamakan. Kerajaan dah bertungkus lumus memutuskan rantaian Covid-19 ni dengan memperkenalkan SOP yang sangat efektif untuk semua. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin perlulah patuh dengan SOP tau.

Sunway Patuh SOP Tau!

Setelah hampir 3 bulan simpan beg travel, kini tibalah masa untuk korang bersihkan habuk dan pack baju-baju korang untuk ke destinasi percutian di Sunway City Kuala Lumpur. Tapi sebelum tu make sure korang ambil langkah berjaga-jaga macam yang Sunway lakukan.

Sunway turut perkenalkan prosedur operasi standard (SOP) yang dicadangkan oleh kerajaan tau. Kawasan percutian korang sememangnya selamat dan bersih, sebab kesemua lokasi yang akan korang pergi seperti Sunway Pyramid Hotel, Sunway Lagoon dan Sunway Pyramid, telah melalui proses sanitasi. Untuk pengetahuan korang, pihak mall kerap melakukan proses sanitasi iaitu sepanjang waktu operasi mereka.

Korang juga tak perlu risau, Sunway dah siap siaga dengan 4,000 CCTV juga pengimbas suhu di sekitar mall. Bukan itu je, 2,000 orang pegawai khas telah ditempatkan bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi bersama-sama pegawai khidmat pelanggan mereka.

Jadi, sebelum boleh mulakan percutian, suhu badan dan maklumat korang akan di rekodkan untuk tujuan keselamatan di setiap pintu masuk utama.

Seterusnya, Sunway juga telah menyediakan cecair sanitasi supaya korang boleh gunakan pada bila-bila masa sewaktu berkunjung di sana. Wajib bagi korang untuk mengenakan topeng muka jika berkunjung ke tempat ramai orang.

Kawasan Sunway Pyramid Hotel juga disanitasi secara kerap, dan mereka mewujudkan SOP pembersihan bilik hotel yang cukup teliti iaitu pembersihan 10 permukaan utama yang terdedah kepada sentuhan manusia. So, memang tak risau la nak tidur dalam bilik hotel mereka.

Taman tema air juga turut melalui kesemua SOP yang disarankan dan Sunway akan sentiasa membersihkan air secara berkala melalui sistem chlorinated water milik mereka.

Sunway sememangnya sangat menitikberatkan social distancing supaya percutian korang di Sunway City Kuala Lumpur akan lebih selamat dan korang boleh mengalami sendiri keseronokan percutian ke tahap maksimum. Sedikit nasihat untuk korang, kebanyakkan premis dah go cashless gais, jadi tak perlu bawa banyak cash dalam tangan.

3H2M Hanya RM499 Dengan Pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway , Terbaik!


Wah! Harga sudah cantik, tapi apa je yang Sunway City Kuala Lumpur offer? Ni nak cerita kat korang semua.

Dengan hanya RM499 korang akan diberikan bilik Deluxe Room di Sunway Pyramid Hotel untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. Semua kemudahan di sekitar hotel tu korang boleh gunakan dan yang paling best breakfast included weh!.

Bertenang, itu baru sikit tau! Kalau korang beli pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway ni, korang akan dapat tiket masuk ke Sunway Lagoon secara PERCUMA untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak dan korang boleh alami sendiri pengalaman mencuba lebih 90 jenis tarikan di taman tema yang berkeluasan 88 ekar tu.

Ada lagi, korang juga akan menerima baucar misteri bernilai sehingga RM200 sebagai tanda penghargaan Sunway untuk kunjungan percutian korang tu. Ianya boleh boleh digunakan saat korang nak buat aktiviti fun bersama keluarga di Sunway Pyramid. Untuk makluman, pakej baucar misteri ni boleh digunakan sepanjang tempoh percutian korang di Sunway City Kuala Lumpur.

Tempahan Ke Sana Ke Sini Ke Sunway Dibuka Gais!


So, apa tunggu lagi gais? Cepat dapatkan pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway sekarang pada harga RM499 sahaja. Tempahan boleh dibuat bermula 6 sehingga 20 Julai ni dan korang boleh pilih mana-mana tarikh percutian korang tu bermula 7 Julai sehingga 31 Oktober ni. *Tertakluk terma & syarat.

Korang boleh layari sunway.city/kesanakesini untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway ni. Selamat bercuti kat Amazing Sunway City Kuala Lumpur gais!.

"Kalau Tak Pasti Jangan Kongsi..Respect!"

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Trending

To Top