Connect with us

Oh! Media

20 Tahun Dalam Bidang Seni, Ifa Raziah Ditawar Bayaran RM500 Sahaja

Umum

20 Tahun Dalam Bidang Seni, Ifa Raziah Ditawar Bayaran RM500 Sahaja

 

ADVERTISEMENT

Sebut sahaja nama Ifa Raziah, seakan sudah sebati dalam industri hiburan tanahair. Bukan sahaja seorang penyanyi malah Ifa juga giat dalam dunia lakonan.

Walaubagaimanapun, setelah 20 tahun pengalaman dalam bidang seni Ifa mendedahkan bahawa dia masih menerima tawaran dengan jumlah RM500. Menurut Ifa, lebih menyedihkan ada dikalangan penganjur menawarkan bayaran yang lebih tinggi kepada pendatang baru yang lebih muda walaupun tanpa pengalaman.

“Nak Ifa menyanyi, ada juga yang nak Ifa berlakon tapi nak bayar Ifa, RM500 saja. Ada ke patut Kak? Bila Ifa cakap macam ni, nanti ada yang kata Ifa ni demand pulak. Ada juga yang kata Ifa belum menang sebarang anugerah jadi tak boleh nak demand sangat.

“Kak, Ifa ni bukannya jenis orang yang letak harga. Tapi setelah 20 tahun pengalaman dalam bidang ini, Ifa rasa Ifa layak menerima bayaran yang sepatutnya. RM500 tu bayaran masa Ifa baru-baru keluar menyanyi dulu Kak. Sekarang dah tahun 2015, semua benda pun dah nak ada GST.

“Kadang-kadang Ifa tak faham, boleh pulak diorang bayar lebih tinggi kepada artis baru. Soal kurang pengalaman nampaknya tidak diambil kira. Ifa kenalah ada harga diri juga Kak. Diri Ifa adalah produk kepada nama Ifa Raziah.”

—————————————————————-
Filem terbaru Isyarat Cinta bakal menggegarkan panggung wayang di seluruh Malaysia mulai hari ini. Cerita cinta yang sangat awesome!

OHMEDIA: Lumrah la tu kak. Industri hiburan tanahair tak sama macam Hollywood. Lagi tua lagi mahal. Kalau di Malaysia nak tengok yang muda bergetah aje. Hihi!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas