Connect with us

Oh! Media

20 Orang Rakyat Palestin Ditembak Sewaktu Melakukan Bantahan Mingguan

Umum

20 Orang Rakyat Palestin Ditembak Sewaktu Melakukan Bantahan Mingguan

Bantahan mingguan yang sering dilakukan di kawasan sempadan Gaza kali ini telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 orang ditembak oleh anggota tentera Israel.

Perkara ini disahkan oleh pegawai perubatan Palestin, “Seramai 20 orang ce­dera disebabkan tembakan peluru hidup oleh anggota tentera Israel,” menurut Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan.

IKLAN

Tentera Israel mendakwa seramai 11,000 penunjuk perasaan berhimpun di beberapa lokasi di sempadan Gaza dan bertindak membaling batu ke arah anggota-anggota ke­selamatan mereka selain menggunakan beberapa peranti letupan dan bom tangan.

“Anggota tentera kami bertindak balas untuk mengusir kumpulan itu dan me­nembak mengikut syarat-syarat dalam Prosedur Operasi Standard (SOP),” menurut jurucakap Tentera Israel kepada agensi berita AFP.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Kongsikan artikel ini:

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas