Connect with us

Oh! Media

15 Tips Mudah Suami Boleh Buat Untuk Isteri Sebagai Satu Penghargaan

Oh! Lifestyle

15 Tips Mudah Suami Boleh Buat Untuk Isteri Sebagai Satu Penghargaan

Sepertimana yang kita semua tahu, memang susah kita nak baca isi hati perempuan dan kadang-kadang,  perempuan yang kita sayang sendiri pun sama. Mesti kita akan sedaya upaya cuba nak faham apa yang dia rasa dan apa yang dia nak kan?

ADVERTISEMENT

Kebanyakkannya, lelaki senang untuk difahami sebab dia akan bercakap ataupun tunjuk apa yang dia nak tanpa pendam, tapi perempuan ni kebanyakkannya terbalik sifatnya.

Menerusi laman Facebook seorang lelaki, Akhtar Syamir ada memuatnaik tentang beberapa ganjaran ataupun reward lah orang kata untuk diberi kepada pasangan ataupun isteri tersayang. Cadangan Akhtar ialah :

1. Bawa ke watsons
2. Tawarkan kepada isteri untuk beli apa di Shoppee atau Lazada
3. Bawa ke salon
4. Belanja makan dekat tempat kesukaan dia
5. Bawa pergi IKEA
6. Pergi bercuti
7. Cakap yang dia perlukan tudung baru
8. Bawa kedua orang tuanya berjalan
9. Belikan barang keperluan rumah mertua
10. Ajak keluarganya datang ke rumah dan buat makan-makan
11. Belikan emas
12. Belikan beg tangan
13. Belikan jam
14. Bawa pergi kedai ECO
15. Jagakan anak semasa cuti ataupun buat kerja rumah, bagi dia masa untuk ‘me time’

Dalam Al-Quran pon ada sebut :

Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka – Surah An-Nisa, ayat 34

Banyak lagi sebenarnya yang korang boleh buat dan diatas ni hanyalah antara benda kecil yang boleh korang buat saja. Percayalah wahai semua lelaki, apabila kita buat mereka bahagia, nanti kita sendiri akan rasa bahagia.

Sumber : Facebook

+ Baca respon pembaca tips mudah suami untuk hargai pasangan di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas