Connect with us

Oh! Media

15 Petua Berkesan Untuk Mengubati Sakit Gigi

Oh! Lifestyle

15 Petua Berkesan Untuk Mengubati Sakit Gigi

Sakit gigi secara tidak langsung berkait dengan emosi si pesakit. Bila sakit gigi datang menyerang, masa tu lah mood terus hilang. Semua benda rasa nak mengamuk. Salah sikit terus meletup. Itu belum cerita tentang kerja lagi semuanya akan terbantut.

ADVERTISEMENT

Apakah yang menyebabkan gejala sakit gigi ni? Sakit gigi berlaku apabila timbul rasa ngilu pada gigi diakibatkan oleh karies gigi, rahang, gingivitis, dan pelbagai lagi faktor lain. Tak dinafikan, Ohmedia sendiri memang liat betul nak pergi berjumpa doktor gigi dan sentiasa memilih pelbagai cara tradisional untuk mengubatinya. Ajaibnya, it’s work!! Haha!

Begikut adalah antara petua yang mungkin akan membantu korang.

1. Gigit Bunga Cengkih

Ini antara yang biasa Ohmedia lakukan kalau diserang sakit gigi. Ambil 3 kuntum bunga cengkih yang dah kering tu, kemudian letakkan di bahagian gigi yang sakit. Kalau gigi berlubang, tumbuk dulu bunga cengih tu dan letakkan di dalam lubang tersebut. Setakat ini, cara ni memang tak pernah gagal lagi menghilangkan rasa sakit gigi. Ini juga cara yang biasa digunakan orang-orang lama sejak bertahun dulu lagi.

2. Minyak gamat

Minyak Gamat sememangnya terkenal mampu mengubati pelbagai jenis penyakit luaran. Ini termasuklah sakit gigi. Hanya letakkan Minyak Gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian gigi yang sakit. Setel!

3. Kumur air garam

Ini biasa buat masa zaman sekolah dulu. Kalau gigi sakit, kumur dengan air garam pasti akan hilang. Caranya cukup mudah. Bancuh satu sudu kecil garam dalam secawan air panas. Kacau hingga larut kemudian tunggu sekejap hingga air menjadi suam. Lepas tu berkumur seperti biasa. Hati-hati jangan sampai terminum pula! Hehe!

4. Hilangkan Plak

Ini sebenarnya cara untuk mencegah sebelum menderita sakit gigi. Plak antara punca-punca sakit gigi berlaku. Biasanya orang zaman sekarang akan gunakan Listerine untuk berkumur-kumur supaya plak pada gigi hilang dalam masa yang sama mulut juga menjadi wangi. Buat sekurang-kurangnya 3 kali selepas memberus gigi.

5. Kapur Sirih

Ambil sedikit Kapur Sirih dan sapukan pada gigi yang sakit tu. Kunyah Sirih yang bercampur sedikit kapur. InsyaAllah sakit gigi tu akan berkurang dan lama kelamaan akan hilang.

6. Kumur air rebusan Sirih

Ambil 10 helai Daun Airih dan rebus dengan air sebanyak 4 hingga 6 gelas sampai mendidih. Biarkan sejuk kemudian tapis. Berkumurlah dengan air rebusan tu tadi.

7. Lidah Buaya

Orang bandar panggil daun Aloe Vera. Biasanya orang ambil buat sapu dekat muka untuk dapatkan kulit yang licin. Tapi kegunaan lainnya boleh juga isi di dalamnya diletakkan pada gigi yang sakit. InsyaAllah sakit gigi akan berkurangan.

8. Tomato muda

Kalau ada buah Tomato muda, ambil dan belah dua. Kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi sakit kerana dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya.

9. Daun Serai

Ambil Daun Serai dan tumbuk hingga hancur. Masukkan ke dalam air suam dan tambah sedikit garam. Hasil air tersebut boleh digunakan sebagai bahan kumur.

10. Gambir

Rendamkan sedikit gambir dalam secawan air suam. Tumbuk hingga separuh hancur kemudian masukkan gambir ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan membuatkan gigi terasa kebas tetapi jangan gunakan terlalu banyak, takut dengan bibir-bibir sekali rasa kebas nanti. Heh!

11. Habbatus Sauda.

Ambil serbuk Jintan Hitam atau Minyak Jintan Hitam (Habbatus Sauda) kemudian letakkan ke dalam gigi yang berlubang.

12. Bawang Putih

Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya satu jam dan insyaAllah, sakit gigi akan berkurangan.

13. Asam Jawa

Asam jawa perlu digoreng dahulu beberapa minit kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk semua bahan ini hingga halus dan letakkan pada gigi yang sakit.

14. Garam, Air dan Limau Nipis

Rebuskan air bersama-sama garam dan limau nipis dibelah empat hingga mendidih. Kemudian biarkan suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakit berkurangan dan lambat laun akan hilang.

15. Hurmm, berjumpalah dengan Doktor Gigi.

Kalau semua cara yang dikongsikan tidak berjaya, beranikanlah diri untuk berjumpa doktor. Buang rasa takut untuk sekali sahaja tapi kepuasan dia bertahun-tahun lamanya bila tidak lagi diserang sakit gigi. Cara paling mudah, kawal pemakanan bermula hari ini dan pastikan rajin-rajinlah memberus gigi ya selepas makan dan sebelum tidur.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas