Connect with us

Oh! Media

131 Pelajar Perempuan Tahfiz Selamat Dalam Kebakaran, 40 Peratus Bangunan Musnah

Ohmedia tahfiz terbakarjpg

Umum

131 Pelajar Perempuan Tahfiz Selamat Dalam Kebakaran, 40 Peratus Bangunan Musnah

Lagi sekolah asrama tahfiz terbakar dilaporkan. Kali ini kejadian berlaku di Maahad Tahfiz Selangor, Jalan Istana Lama, Kampung Bandar Banting Klang di mana asrama yang diduduki 131 pelajar perempuan telah terbakar.

Memetik laporan Harian Metro, semua 131 pelajar perempuan terbabit selamat dan pihak BOMBA telah menerima panggilan kecemasan itu seawal jam 5.49 pagi tadi.

Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah asrama tahfiz wanita (bangunan kelas A). Bangunan empat tingkat dengan keluasan 30 x 100 kaki itu musnah terbakar sebanyak 40 peratus di tingkat empat. Kita dapati penghuni asrama wanita itu iaitu 131 orang pelajar sudah keluar dan berkumpul di kawasan tempat selamat. – Kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Selangor.

Setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan. Bersyukur kerana tidak berlaku sebarang kemalangan jiwa.

IKLAN

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang terkejut mendengar berita ini di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas