Connect with us

12 Gambar Candid Hantu Terbaik Di Malaysia

Umum

12 Gambar Candid Hantu Terbaik Di Malaysia

Hantu merupakan satu istilah turun-temurun yang diberikan kepada iblis dan syaitan yang menyerupai satu objek yang menyeramkan untuk menakutkan dan menghasut manusia. Seperti kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah, hantu tidak wujud kerana apa yang wujud hanyalah jin dan syaitan seperti yang tertulis di dalam Al- Quran. Apapun berikut adalah koleksi 12 hantu yang tidak dicari tetapi kelihatan secara candid di dalam gambar yang diambil.

1. Hantu Budak Cina Tol Plaza

Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya.

2. Hantu Kereta Remuk

Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.

3. Batu Nisan Menjenguk Di Tingkap

Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.

4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan

Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.

5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal

Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.

6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan

Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.

7. Pocong Di Kawasan Kilang

Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.

8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada

Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud. Hurm, mungkin juga photobomb dari si penyibuk. Heh!

9. Wanita Kebaya Merah


Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.

10. Penampakan Hantu Berambut Panjang

Gambar hantu ini di kirimkan melalui Facebook tidak lama dulu. Lokasi di ICity, Shah Alam. Tiada pula info disertakan bersama gambar ini.

Tak dapat dipastikan adakah amoi sama sibuk nak posing ke atau pun benar-benar penampakan hantu.

11. Penampakan Kepala di Tingkap

Penampakan kepala di luar melalui cermin tingkap. Situasi ini berlaku di restoran KFC. Kepala tersebut boleh dilihat dengan jelas apabila gambar di zoom ke arah tingkap restoran itu.

12. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin

Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak, Wallahu’alam.

Buat sesiapa yang berani tu, Mimaland mungkin kawasan yang sesuai. Jika anda ada menonton filem “IA WUJUD”, di situlah rakaman filem tersebut dijalankan.

Sebelum ini juga kami ada berkongsi tentang gambar sepasang pengantin yang diganggu penampakan aneh ketika membuat photoshot di kepala keretapi lama, Gemas.


Baca: Penampakan Lembaga Ganjil Ketika Photoshoot Pengantin di Kepala Keretapi Lama


Ada sesetengah cerita kita pernah dengar, ada juga yang tidak pernah lagi. Adakah cerita itu benar kesahihannya? Wallahu’alam.

OHMEDIA: SEBENARNYA BENDA-BENDA JELMAAN BEGINI LAGI KITA TAKUT, LAGI SUKA MEREKA DIBUATNYA. JADI BUAT TAK TAHU AJE SUDAHLAH. DUNIA INI BUKAN MILIK MANUSIA SAHAJA KAN? BANYAK LAGI CIPTAAN ALLAH YANG LAIN DI ATASNYA.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top