Connect with us

Oh! Media

11 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Bahan Berbahaya dan Ditarik Dari Pasaran

Umum

11 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Bahan Berbahaya dan Ditarik Dari Pasaran

Gambar Hiasan

Sudah menjadi trend kini di Malaysia, lambakkan produk skincare wujud macam cendawan lepas hujan. Ternyata, mereka kini lebih mudah untuk menghasilkan produk sendiri kerana pelbagai kemudahan yang ada.

Namun, dalam keghairahan orang ramai terutamanya wanita untuk kelihatan cantik mereka dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli atau menggunakan produk kosmetik seperti yang disenaraikan dibawah.

ADVERTISEMENT

Ini kerana 11 produk yang disenaraikan ini telah disahkan mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers yang serius.

Malah, produk yang disenaraikan ini tidak lagi dibenarkan untuk diimport / dikilangkan / diedarkan di dalam negara ini. Pihak berkuasa juga telah mengarahkan supaya semua stok yang sedia dikeluarkan dari pasaran.

1. Adel Miracle Flawless Serum

Racun Berjadual dikesan: Merkuri

2. Ah Beauty Night Cream

Racun Berjadual dikesan : Merkuri

3. Tati Skincare Treatment Cream

Racun Berjadual dikesan : Hydroquinone dan Tretinoin

4. Tati Skincare Night Cream

Racun Berjadual dikesan : Merkuri

5. Dnars Nars Cream Sensitif

Racun Berjadual dikesan : Hydroquinone dan Tretinoin

6. Dnars Snow Cream Sensitif

Racun Berjadual dikesan : Hydroquinone dan Tretinoin

7. Dnars Snow Cream Normal

Racun Berjadual dikesan : Hydroquinone dan Tretinoin

8. NDZ UV Whitening

Racun Berjadual dikesan : Hydroquinone

9. Ellfie Night Cream

Racun Berjadual dikesan : Hydroquinone dan Tretinoin

 

10. Moleek Day Cream 

Racun Berjadual dikesan : Merkuri

11. Moleek Anti Pigment Cream

Racun Berjadual dikesan : Hydroquinone dan Tretinoin

Sumber: FB National Pharmaceutical Regulatory Agency – NPRA

Sila Rujuk Laman Web Rasmi NPRA untuk senarai penuh produk dan nama pemegang yang terlibat pada link ini http://npra.moh.gov.my/index.php/recent-updates/cancellation-of-traditional-cosmetic-product/cancellation-of-notification-of-cosmetic-products

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas